awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan pengaman PBB di Lubnan teruskan misi, bersiap sedia untuk pelbagai senario

Bernama
Bernama
04/10/2024
02:00 MYT
Pasukan pengaman PBB di Lubnan teruskan misi, bersiap sedia untuk pelbagai senario
Lacroix berkata, pasukan UNIFIL berasa bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan kepada mereka oleh Majlis Keselamatan.
HAMILTON (Kanada): Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi operasi keamanan mengesahkan pada Khamis bahawa pasukan pengaman di Lubnan terus melaksanakan misinya.
"Pasukan pengaman UNIFIL (Pasukan Interim PBB di Lubnan) berasa bertanggungjawab untuk meneruskan tugas," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Jean-Pierre Lacroix, Setiausaha Agung Bahagian Operasi Keamanan PBB, kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat PBB di New York.
Sambil berkongsi bahawa terdapat 10,058 anggota pengaman di Lubnan, Lacroix berkata, pasukan UNIFIL berasa bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan kepada mereka oleh Majlis Keselamatan.
Namun mereka juga berasa bertanggungjawab kepada penduduk di selatan Lubnan."
Walaupun berdepan cabaran, misi pengaman itu meneruskan tugasnya dan mengesahkan bahawa "rancangan kontingensi sudah sedia dan sentiasa dikemas kini", katanya.
"Jelas sekali, kami telah menyediakan beberapa senario sekiranya keadaan bertambah buruk, yang mungkin membawa kepada, diharapkan tidak, pemindahan sebahagian atau keseluruhan pasukan," kata Lacroix.
Apabila ditanya mengenai bagaimana UNIFIL berhasrat melindungi penduduk awam di Lubnan, Lacroix berkata, anggota pengaman akan melakukan segala yang termampu untuk melindungi penduduk, tanpa memberikan butiran lanjut.
Walaupun peperangan rentas sempadan antara Hezbollah dan Israel bermula selepas konflik Gaza Oktober lalu, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran pada 23 Sept ke atas apa yang dikatakan sebagai sasaran Hezbollah di seluruh Lubnan.
Selain membunuh pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah dan beberapa komander lain, Israel membunuh lebih 1,100 orang serta menyebabkan puluhan ribu lagi kehilangan tempat tinggal. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasukan pengaman PBB
#UNIFIL
#Israel serang Lubnan
#Hassan Nasrallah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan