INTERNATIONAL
Pasukan penyelamat giat cari mangsa gempa bumi di Myanmar, Thailand

Pasukan penyelamat Thailand meningkatkan usaha pada Sabtu untuk mencari pekerja pembinaan yang terperangkap di bawah runtuhan menara 33 tingkat selepas gempa bumi kuat melanda Myanmar. - Gambar Reuters
BANGKOK: Pasukan penyelamat Thailand meningkatkan usaha pada Sabtu untuk mencari pekerja pembinaan yang terperangkap di bawah runtuhan menara 33 tingkat selepas gempa bumi kuat melanda Myanmar.
Pihak berkuasa menggunakan jentolak, dron dan anjing penyelamat untuk cuba mengeluarkan 30 orang yang terperangkap termasuk sekurang-kurangnya 15 yang menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa.
Kerajaan tentera pada Sabtu memberitahu jumlah kematian di Myanmar adalah 1,002, yang menyaksikan peningkatan mendadak daripada laporan awal media negeri iaitu sebanyak 144 kematian pada Jumaat.
Dalam pada itu, model ramalan Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (AS) menganggarkan jumlah kematian berkemungkinan mencecah 10,000 di Myanmar manakala kerugian boleh melebihi keluaran ekonomi tahunan negara itu.Sementara itu, menurut media kerajaan Myanmar, gempa bumi itu menyebabkan runtuhan beberapa bangunan di lima bandar dan pekan, jambatan kereta api dan jambatan jalan raya di Lebuhraya Yangon-Mandalay.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami