awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan RSF Sudan lakukan serangan dron di negeri Khartoum dan bandar Atbara

Bernama
Bernama
07/11/2025
09:24 MYT
Pasukan RSF Sudan lakukan serangan dron di negeri Khartoum dan bandar Atbara
Sejak 15 April 2023, tentera Sudan dan RSF terlibat dalam peperangan yang gagal ditamatkan oleh pelbagai usaha rundingan serantau dan antarabangsa. - AP
ISTANBUL: Pasukan Sokongan Pantas (RSF) Sudan melancarkan serangan dron awal Jumaat yang menyasarkan beberapa kawasan di Bandar Omdurman di negeri Khartoum dan di Atbara di negeri Sungai Nil, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
Penduduk di kedua-dua bandar melaporkan mendengar bunyi letupan dan tembakan anti-pesawat pada waktu subuh ketika pertahanan tentera Sudan bertindak balas terhadap serangan dron itu, menurut portal Sudan News.
Setakat ini, jumlah korban dan tahap kemusnahan belum dapat dipastikan, dan tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak tentera mahupun RSF mengenai serangan berkenaan.
Sejak 15 April 2023, tentera Sudan dan RSF terlibat dalam peperangan yang gagal ditamatkan oleh pelbagai usaha rundingan serantau dan antarabangsa.
Konflik itu telah meragut ribuan nyawa dan menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan
#dron
#Sudan
#Khartoum
#pasukan tentera
#RSF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan