awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan separa tentera bunuh 10 militan Daish di Kirkuk

Bernama
Bernama
15/03/2018
11:35 MYT
Pasukan separa tentera bunuh 10 militan Daish di Kirkuk
Operasi itu adalah susulan laporan risikan bahawa militan Daish sedang bersiap siaga untuk menyerang pasukan keselamatan dan orang awam di wilayah Kirkuk. - Gambar hiasan
Pasukan separa tentera Hashd Shaabi yang disokong kerajaan, pada Rabu telah membunuh 10 anggota militan Daish berhampiran Hawijah di wilayah Kirkuk, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan tentera Iraq.
Militan Daish telah dikepung oleh pejuang Hashd Shaabi dalam operasi yang menyasarkan tempat persembunyian kumpulan pengganas itu berhampiran Hawijah, kira-kira 230 kilometer di utara ibu kota Iraq, Baghdad.
Menurut kenyataan unit separa tentera itu, kejadian berlaku ketika anggota Hashd Shaabi mengejar sekumpulan militan Daish lain di kawasan pedalaman berhampiran Hawijah.
Mereka turut menemui sebuah kubur mengandungi mayat enam individu yang dipercayai telah dibunuh oleh miltan Daish berhampiran bekas kubu kuat mereka di Hawijah.
Pada Ahad, polis persekutuan Iraq dan briged Hashd Shaabi menjalankan operasi untuk membersihkan saki-baki militan Daish dari satu kluster perkampungan berhampiran al-Ryahd di Hawijah, yang terletqak di barat daya Kirkuk.
Operasi itu adalah susulan laporan risikan bahawa militan Daish sedang bersiap siaga untuk menyerang pasukan keselamatan dan orang awam di wilayah Kirkuk yang kaya dengan minyak, menurut kenyataan Hashd Shaabi.
Berpuluh-puluh militan Daish telah melarikan diri dari bekas kubu kuat mereka di bandar Mosul, Salahudin dan Hawijah selepas pasukan tentera Iraq membersihkan kesemua kawasan ini semasa satu serangan besar-besaran beberapa bulan lepas.
Saki-baki militan Daish telah melarikan diri ke kawasan berceranggah berhampiran Sungai Tigris dan Zab serta kawasan pergunungan Himreen untuk meneruskan serangan mereka ke atas orang awam dan tentera Iraq.
Pada 9 Dis 2017, Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi secara rasmi mengisytiharkan pembebasan penuh Iraq dari militan Daish selepas tentera Iraq menawan semula semua kawasan yang sebelum ini dikuasai kumpulan ekstremis itu.
Bagaimanapun, kumpulan kecil dan individu militan Daish masih melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan dan orang awam meskipun operasi berterusan dilakukan untuk memburu mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baghdad
#bunuh
#daish
#Hashd Shaabi
#Kirkuk
#mayat
#militan
#operasi
#pengganas
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan