FOLKESTONE: Patung gergasi yang menggambarkan seorang gadis pelarian Syria tiba di pantai tenggara England, pada Selasa.
Patung setinggi 3.5 meter itu sebagai sebahagian daripada kempen berjalan kaki sejauh 8,000 km di seluruh Eropah untuk meningkatkan kesedaran mengenai nasib pelarian muda.
Patung itu diberi nama "Little Amal" yang bermaksud harapan dalam bahasa Arab disambut oleh pelakon Jude Law di pinggir laut Folskestone.
Dikendalikan oleh tiga orang, boneka itu berada dalam perjalanan terakhir sejauh 8,000 kilometer ke seluruh Eropah.
Patung itu berangkat dari sempadan Turki-Syria pada Julai lalu dan telah disambut oleh ribuan orang di sepanjang jalan termasuk Pope Francis di Rom.
Little Amal dicipta oleh syarikat Hadspring yang membuat boneka kuda untuk pementasan teater West End dan Broadway 'War Horse'.
Patung itu direka sebagai sebahagian daripada 'The Walk' yang merupakan festival seni perjalanan dan berharap dapat meningkatkan kesedaran akan masalah yang dihadapi oleh pendatang muda.
Idea perjalanan Little Amal untuk mencari abangnya berkembang dari 'The Jungle', sebuah drama mengenai penghijrahan dan pelarian.
Dihasilkan oleh Good Chance Theatre, ia diletakkan di sebuah kem utara Perancis di mana pendatang berkumpul dengan harapan dapat ke Britain.
Pendatang dari seluruh dunia telah lama menggunakan utara Perancis sebagai kawasan utama untuk sampai ke Britain.
Kira-kira 20,000 individu telah menyeberangi laluan itu ke England melalui bot pada tahun ini.
Perjalanan Little Amal akan diteruskan ke seluruh England sebelum berakhir di Manchester, pada 3 November.
Pada Ahad, patung itu akan menyambut ulang tahunnya yang ke-10 di London, bersama dengan anak-anak yang telah dijemput untuk menyertai persembahan dan bengkel.
Rombongan patung 25 orang itu kemudian akan melakukan perjalanan ke tempat-tempat lain di London, termasuk Teater Nasional, Somerset House dan Trafalgar Square.
Mereka juga akan menyusuri jalan-jalan di Oxford, di samping patung gergasi Alice in Wonderland.
Agensi
Wed Oct 20 2021
Patung gergasi yang menggambarkan seorang gadis pelarian Syria tiba di pantai tenggara England, pada Selasa. -Reuters
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Patung gergasi simbol gadis pelarian Syria tiba di UK
Patung itu sebagai sebahagian daripada kempen meningkatkan kesedaran mengenai nasib pelarian muda.