awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa satu lagi 'armada' AS sedang menuju ke Iran
Bendasing disyaki cebisan tikus ditemui dalam sos spageti, suri rumah kecewa maklum balas KKM
Penyelesaian saman TikTok isyarat elak pendedahan maklumat - Pakar privasi data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patung kuda 'muram' jadi tular menjelang Tahun Baharu Cina

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2026
23:20 MYT
Patung kuda 'muram' jadi tular menjelang Tahun Baharu Cina
Patung lembut kuda berwajah sedih dipamerkan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina yang akan menyambut Tahun Kuda di Yiwu International Trade City, Yiwu, wilayah Zhejiang, China. - Foto REUTERS
YIWU: Patung lembut berbentuk kuda dengan ekspresi wajah muram mencuri perhatian dan menjadi barangan terlaris selepas tular di media sosial, menjelang sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menyambut Tahun Kuda.
Patung berkenaan pada asalnya dihasilkan secara tidak sengaja apabila seorang pekerja menjahit senyuman kuda itu secara terbalik, menyebabkan ia kelihatan seolah-olah berwajah sedih.
Pemilik kedai Happy Sister di Yiwu, Zhang Huoqing, berkata beliau pada mulanya menyangka perlu memulangkan wang kepada pelanggan yang membeli patung tersebut.
Namun, keadaan berubah apabila gambar patung itu tular di internet dan menerima sambutan luar biasa sehingga habis terjual.
Zhang berkata, ekspresi muram patung kuda itu dilihat dekat dengan perasaan golongan pekerja muda di China, khususnya mereka yang berdepan tekanan kerja.
“Ramai pelanggan menyukainya dan berkata ia sangat kena dengan realiti semasa, sesuai dengan jiwa ‘hamba korporat’ hari ini,” katanya.
“Kuda menangis ini benar-benar menggambarkan kehidupan pekerja moden.”
Menurut Zhang, ada pelanggan berseloroh mengatakan wajah kuda yang menangis itu mencerminkan keadaan mereka ketika bekerja, manakala versi kuda tersenyum pula menggambarkan perasaan selepas waktu kerja.
Permintaan tinggi menyebabkan kilang Zhang meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi tempahan, termasuk dari luar negara, menurut laporan media tempatan.
Seorang pembeli yang dikenali sebagai Tuan Tuan Mami berkata patung itu mencerminkan perasaannya ketika bekerja.
“Kuda kecil ini kelihatan begitu sedih dan kasihan, sama seperti perasaan saya di tempat kerja,” katanya.
“Dengan patung ini pada Tahun Kuda, saya berharap dapat meninggalkan segala tekanan kerja dan hanya menyimpan kebahagiaan.”
Menurut laporan South China Morning Post, patung kuda itu berukuran kira-kira 20 sentimeter dan dijual pada harga 25 yuan (RM15).
Ia berwarna merah sebagai simbol tuah, dilengkapi kolar emas dan loceng di leher, serta sulaman frasa “duit cepat masuk” berwarna emas pada badannya.
Seorang lagi pemilik kedai di Yiwu, Lou Zhenxian, mengakui patung tersebut kelihatan kurang menarik dari segi rupa, namun percaya ia memenuhi keperluan emosi golongan muda masa kini.
Beliau menggambarkan golongan muda pergi bekerja dalam keadaan tertekan seperti patung kuda menangis itu, namun kembali ceria sebaik tamat waktu kerja. Bagaimanapun, Lou berpandangan pendekatan itu kurang seimbang.
“Seseorang sepatutnya bekerja dengan bersungguh-sungguh ketika bekerja dan menikmati kehidupan selepas itu, bukannya hidup dalam dua keadaan emosi yang terlalu bertentangan,” katanya.
Tahun Baharu Cina akan disambut pada Februari ini bagi menandakan bermulanya Tahun Kuda, salah satu daripada 12 haiwan dalam kitaran zodiak.
Topic Berkaitan
#tahun kuda
#muram
#patung
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan