GENEVA:Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa usaha global untuk pembangunan dan meningkatkan pengeluaran vaksin yang berkesan terhadap COVID-19.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres membuat kenyataan itu semasa sidang kemuncak ASEAN, pada Sabtu.

Katanya vaksin perlu ada dan tersedia untuk semua individu.

"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang dipimpin oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah berusaha untuk mengkoordinasikan usaha global bagi membangun dan meningkatkan produksi vaksin dan rawatan yang berkesan.

"Ini mesti tersedia dan mampu dimiliki oleh semua orang di mana saja sebagai barang awam global. Tidak ada yang selamat sehingga kita semua selamat," katanya.

Sementara itu, Presiden Bank Dunia, David Malpass berkata pihaknya telah menyalurkan dana sebanyak 12 bilion dolar kepada beberapa negara pelanggan untuk membeli vaksin.

"Bank Dunia telah menyediakan pembiayaan cepat hingga AS$12 juta kepada negara-negara klien agar mereka dapat memilih, membeli dan menggunakan vaksin COVID-19.

"Kami sudah bekerja keras dengan negara-negara untuk memberikan nasihat teknikal mengenai pemerolehan vaksin dan pengedaran yang berkesan," kata Malpass.

Sidang kemuncak secara maya sepenuhnya itu disertai pemimpin dari 18 negara negara termasuk Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri China, Li Keqiang.

Delegasi Malaysia diketuai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sidang kemuncak itu bagi membincangkan kerjasama strategik dan fokus untuk memerangi wabak COVID-19.

Amerika Syarikat menghantar Penasihat Keselamatan Nasional, Robert O'Brien untuk mewakili Presiden Donald Trump untuk tiga tahun berturut-turut.