NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dan utusan khas bagi pendidikan global, Gordon Brown, pada Sabtu melancarkan Kemudahan Kewangan Antarabangsa untuk Pendidikan (IFFEd) bernilai berbilion dolar.
Menjangkakan projek pertamanya pada 2023, IFFEd akan menyokong pelaburan pendidikan dan pembangunan kemahiran di negara berpendapatan sederhana-rendah. Dengan pembiayaan awal AS$2 bilion, kemudahan itu dijangka berkembang kepada AS$10 bilion menjelang 2030, lapor Xinhua.
Dalam satu sidang akhbar bersama, Guterres berkata sejak pandemik COVID-19 bermula, dua pertiga negara telah mengurangkan belanjawan pendidikan mereka, tetapi pendidikan adalah blok masyarakat yang aman, makmur dan stabil.
"Mengurangkan pelaburan bermakna membenarkan krisis yang lebih serius berterusan. Kita perlu mendapatkan lebih banyak dana ke dalam sistem pendidikan, bukan mengurangkannya."
Negara-negara kaya boleh meningkatkan pembiayaan daripada sumber domestik mereka, tetapi banyak negara membangun sedang dilanda krisis kos sara hidup, dan memerlukan sokongan segera untuk pendidikan, kata Guterres, sambil menambah bahawa inilah peranan IFFEd.
Kemudahan itu bertujuan untuk mendapatkan pembiayaan buat negara berpendapatan sederhana- rendah. Menyediakan rumah kepada separuh daripada kanak-kanak dan belia dunia serta majoriti kanak-kanak yang tidak berumah dan pelarian dunia, katanya.
IFFEd bukanlah dana baharu, tetapi satu mekanisme untuk meningkatkan sumber yang tersedia kepada bank pelbagai hala untuk menyediakan kemudahan kewangan pendidikan kos rendah. Ia akan melengkapkan dan bekerjasama dengan wadah sedia ada yang menyediakan geran dan bantuan lain, kata Guterres. Beliau juga menggesa semua penderma antarabangsa dan organisasi dermawan untuk menyokong IFFEd.
Brown berkata IFFEd adalah untuk menangani krisis apabila 260 juta kanak-kanak di usia persekolahan yang keciciran sekolah, 400 juta kanak-kanak pada usia 11 tahun tidak boleh membaca atau menulis dan tercicir daripada pendidikan, 840 juta kanak-kanak dan orang muda yang meninggalkan pendidikan dalam usia remaja, tidak mempunyai kelayakan di tempat kerja pada masa depan.
"Dari masa ke masa, kami menjangkakan dana ini akan berkembang daripada AS$2 bilion pada awalnya, kepada AS$5 bilion dan meningkat kepada AS$10 bilion. Bermaksud, hari ini dunia menyaksikan kami mengumumkan pelaburan tunggal terbesar dalam pendidikan global, dan kami percaya ia boleh mengubah prospek berjuta-juta kanak-kanak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 18 2022
IFFEd akan menyokong pelaburan pendidikan dan pembangunan kemahiran di negara berpendapatan sederhana-rendah. - Gambar hiasan
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
Manfaatkan teknologi AI dalam sektor pendidikan
Perbincangan diperlukan mengenai cara-cara untuk mengintegrasikan AI ke dalam sistem pendidikan secara berkesan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Afiezy Azaman;
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Ramasamy perlu bertanggungjawab jika pengundi pilih pemimpin tidak tepat - Ramanan
Jika kempen tolak undi PH itu berjaya, Ramasamy perlu berdepan penduduk Kuala Kubu Baharu sekiranya timbul masalah pada masa hadapan.
Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
PBB lancar kemudahan kewangan antarabangsa untuk pendidikan
IFFEd akan menyokong pelaburan pendidikan dan pembangunan kemahiran di negara berpendapatan sederhana-rendah.