awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB sedia bantu rakyat Palestin bina negara - Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia

Bernama
Bernama
27/07/2025
23:00 MYT
PBB sedia bantu rakyat Palestin bina negara - Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia
Kerajaan dunia digesa agar menekan Israel untuk menamatkan konflik di Gaza dan menghalang tindakan pengilhakan Tebing Barat yang diduduki. - Foto fail/REUTERS
MOSCOW: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia untuk menyokong rakyat Palestin dalam usaha pembinaan negara mereka, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk, pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Kami bersedia untuk membantu rakyat Palestin dalam pembinaan negara, dengan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang sebagai teras. Apabila tiba masanya, program untuk menyokong mangsa dan yang terselamat akan menjadi saluran penting ke arah kebertanggungjawaban dan pemulihan," kata Turk dalam satu kenyataan.
Beliau turut menggesa kerajaan dunia agar menekan Israel untuk menamatkan konflik di Gaza dan menghalang tindakan pengilhakan Tebing Barat yang diduduki.
Pada Khamis lepas, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata Perancis akan secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dalam mesyuarat Perhimpunan Agung PBB pada September ini.
Setakat tahun ini, Negara Palestin diiktiraf oleh 147 negara. Pada 2024, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto terhadap keahlian penuh Palestin dalam PBB. Sejak 2024, Palestin diiktiraf oleh 10 negara termasuk Ireland, Norway, Sepanyol dan Armenia.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#PBB
#bina negara
#Volker Turk
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan