awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB, AS sedia beri bantuan tambahan selepas dua lagi gempa bumi landa Turkiye

Bernama
Bernama
21/02/2023
03:57 MYT
PBB, AS sedia beri bantuan tambahan selepas dua lagi gempa bumi landa Turkiye
Pada 6 Feb lalu gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.7 dan 7.6 magnitud yang berpusat di Kahramanmaras melanda 10 wilayah Turkiye mengorbankan sekurang-kurangnya 41,000 orang. - Fail BERNAMA
WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin berkata badan dunia itu bersedia memberikan bantuan tambahan selepas dua lagi gempa bumi menggegarkan Hatay di wilayah selatan Turkiye.
"Ingatan kami terus bersama rakyat Turkiye dan Syria ketika mereka menghadapi kesan gempa bumi baharu yang melanda wilayah itu petang ini.
"Pasukan PBB di lapangan sedang menilai keadaan dan kami bersedia untuk memberikan bantuan tambahan seperti yang diperlukan," kata Guterres di Twitter, lapor Agensi Anadolu.
Sementara itu, Amerika Syarikat sangat prihatin dan berjanji akan terus memberikan bantuan yang diperlukan.
"Kami amat prihatin dengan berita gempa bumi yang memberi kesan kepada kawasan yang sudah musnah di Turkiye dan Syria," ciap Penasihat Keselamatan Negara Jake Sullivan di Twitter.
Gempa Susulan | Tiga orang disahkan maut, ratusan cedera di Turkiye
Pada Isnin, dua gempa bumi menggegarkan wilayah Hatay, hanya dua minggu selepas gempa kuat melanda wilayah itu.
Gempa pertama bermagnitud 6.4 berlaku kira-kira 8.04 malam waktu tempatan (1704GMT) di daerah Defne, tiga minit gegaran dengan kekuatan 5.8 pada skala Richter melanda dengan pusat gempa di daerah Samandag.
Pada 6 Feb lalu gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.7 dan 7.6 magnitud yang berpusat di Kahramanmaras melanda 10 wilayah - Hatay, Gaziantep, Malatya, Sanliurfa, Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye dan Elazig - mengorbankan sekurang-kurangnya 41,000 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gempa bumi Turkiye
#PBB
#Antonio Guterres
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan