awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB: Sistem makanan Gaza lumpuh ketika kebuluran semakin parah

Bernama
Bernama
07/07/2025
15:30 MYT
PBB: Sistem makanan Gaza lumpuh ketika kebuluran semakin parah
Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) memberi amaran pada Isnin bahawa sistem makanan di Gaza telah lumpuh sepenuhnya ketika kebuluran semakin mencengkam wilayah yang dikepung itu. - Gambar fail/AP
NEW YORK: Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) memberi amaran pada Isnin bahawa sistem makanan di Gaza telah lumpuh sepenuhnya ketika kebuluran semakin mencengkam wilayah yang dikepung itu.
Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan agensi itu berkata sekatan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan menyebabkan kematian ramai orang awam yang sepatutnya dapat dielakkan.
Menurut laman sesawang rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keluarga di Gaza terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan makanan, dengan kadar malnutrisi akut dalam kalangan kanak-kanak telah meningkat dua kali ganda, manakala bekalan susu formula bayi hampir kehabisan.
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres sekali lagi menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap bencana kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, sambil mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera dan berkekalan serta pembebasan semua tawanan tanpa syarat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem makanan Gaza
#lumpuh
#PBB
#OCHA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan