awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB sokong wujud badan kawal selia AI

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2023
23:30 MYT
PBB sokong wujud badan kawal selia AI
Menurut Antonio Guterres, penubuhan badan itu boleh berfungsi seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong desakan untuk mewujudkan badan kawal selia untuk kecerdasan buatan AI.
Menurut Antonio Guterres, penubuhan badan itu boleh berfungsi seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
"Saya menyokong idea ini, dunia memerlukan agensi untuk memantau kecerdasan buatan. Ia diinspirasikan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
"Saya percaya ada beberapa perkara penting perlu diberi perhatian untuk terus melangkah ke hadapan. Ia memerlukan inisiatif daripada negara-negara anggota. Kami akan menjadi pusat rangkaian dan pergerakan yang akan diwujudkan ini," katanya.
Teknologi AI, ChatGPT yang dilancarkan enam bulan lalu menjadi aplikasi yang tumbuh paling cepat.
Bagaimanapun, ia mencetuskan kebimbangan teknologi itu akan digunakan untuk menyebar maklumat palsu.
Bagi tujuan ini, Guterres mengumumkan pelan untuk memulakan rangka kerja badan penasihat AI menjelang hujung tahun ini.
Pencipta ChatGPT, OpenAI bulan lalu mencadangkan supaya diwujudkan badan seperti IAEA untuk mengawal selia teknologi AI.
Cadangan in turut disokong Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak yang mahu negara itu jadi pangkalan kawal selia AI global.
Britain djadual menjadi tuan rumah sidang kemuncak untuk koordinasi antarbangsa bagi menangani risiko AI.
Topic Berkaitan
#PBB
#AI
#kawal selia
#Antonio Guterres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan