PUTRAJAYA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan rasa kecewa dan keprihatinan mendalam terhadap krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza.
Menyifatkan keadaan itu sebagai bencana, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk berkata malah kakitangan PBB mempunyai akses terhad ke Gaza.
Beliau menyatakan bahawa organisasi antarabangsa akan terus memaklumkan kepada dunia mengenai keadaan tragis itu.
"Keadaan di Tebing Barat dengan 500 orang terbunuh sejak 7 Okt lepas merupakan satu lagi kebimbangan yang perlu dibangkitkan kerana ia menunjukkan keadaan yang mengerikan di sana.
"Walaupun kita melihat keadaan di Rafah sebagai mengerikan, kita juga (melihat) keadaan yang semakin buruk di Tebing Barat. Hak asasi manusia adalah jawapannya," katanya kepada media pada akhir misinya ke Malaysia semalam.
Beliau menambah bahawa adalah penting untuk berfikir dari segi sejarah kerana selepas Perang Dunia Kedua, tiada sistem yang memastikan norma yang jelas tentang menghormati hak asasi manusia dan peraturan peperangan.
Turk berkata adalah penting untuk mempunyai norma dan piawaian dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Konvensyen Geneva 1949 mengenai tatacara peperangan, namun ini telah dilanggar dengan kejam.
Sementara itu, Turk berkata terdapat keperluan untuk akauntabiliti, mengakhiri impuniti dan masyarakat antarabangsa untuk bangkit dan mencari penyelesaian.
"Kami yang mempertahankan norma dan standard terus menyuarakan pendapat, terus mendokumentasikan dan melaporkannya walaupun dalam keadaan yang sangat sukar," katanya.
Turk berkata inisiatif untuk gencatan senjata dan mengakhiri situasi itu diharap dapat dicapai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024

Volker Turk bercakap pada sidang media di Pejabat PBB di Putrajaya, 4 Jun 2024. --fotoBERNAMA

Akta Pembaharuan Semula Bandar buka kelebihan ketara - PropertyGuru Malaysia
Akta itu dijangka mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v
Pengarah eksekutif antara tiga individu direman SPRM
Tiga individu termasuk seorang bekas pengarah eksekutif ditahan reman kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan tuntutan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
My Asli mahu kerajaan iktiraf jurubahasa isyarat sebagai kerjaya rasmi
Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (My Asli ) mahu Kerajaan mengiktirafkan Jurubahasa Isyarat sebagai kerjaya profesional sejajar dengan peranan mereka menjadi penghubung komunikasi antara komuniti pekak dan masyarakat umum dinegara ini.

Rusia lihat wujud prospek usaha sama dengan Malaysia dalam minyak & gas, tenaga - Putin
Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia perbaharui komitmen untuk keamanan sejagat
Antara komitmen baharu itu ialah Malaysia akan menyiapkan satu Batalion Infantri untuk misi pengaman di bawah mandat PBB.

Jumlah hidangan harian untuk penduduk Gaza menurun 70 peratus minggu ini - PBB
Jumlah hidangan harian yang disediakan untuk orang awam di Semenanjung Gaza menurun sebanyak 70 peratus minggu ini berbanding minggu lepas.

PBB beri amaran 2.1 juta penduduk Gaza berhadapan kebuluran akibat sekatan
OCHA menggesa agar sekatan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang kini memasuki minggu kesembilan berturut-turut dihentikan.

Serangan berterusan Israel di Gaza ancam kewujudan rakyat Palestin - PBB
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk menyatakan kebimbangan serius terhadap laporan rancangan Israel untuk memindahkan secara paksa penduduk Gaza.

Jawatankuasa PBB desak sekatan ke atas Gaza dihentikan serta-merta
Jawatankuasa itu mengecam kepungan Israel yang dikenakan sejak 2 Mac lalu.

Sepanyol tingkatkan pembiayaan untuk siasatan PBB terhadap jenayah perang di Gaza
Jose Manuel Albares menuduh Tel Aviv bertanggungjawab menyebabkan "kebuluran yang tidak pernah berlaku sebelum ini."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PBB tolak cadangan Israel salur bantuan ke Gaza
PBB menolak cadangan Israel untuk menyalurkan bantuan ke Gaza di bawah kawalan ketenteraan dengan alasan terdapat kebimbangan serius terhadap kemanusiaan.

PBB desak siasatan bebas serangan kapal bantuan ke Gaza, gesa sekatan dibatalkan
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB pada Sabtu menggesa siasatan bebas dijalankan terhadap serangan dron ke atas sebuah kapal bantuan ke Gaza.