awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai tentera Israel maut di tangan penembak tepat al-Qassam

Sinar Harian
Sinar Harian
25/02/2024
04:00 MYT
Pegawai tentera Israel maut di tangan penembak tepat al-Qassam
57 misi yang dilakukan oleh penembak tepat al-Qassam termasuk 34 dengan senapang Ghoul. - Foto agensi
GAZA: Briged al-Qassam mengumumkan pejuangnya telah berjaya menembak tepat seorang pegawai tentera Israel pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan di Telegram, sayap bersenjata Hamas itu berkata, mereka menembak seorang pegawai Zionis dengan senapang 'Ghoul' di kejiranan selatan Zaytoun di Kota Gaza.
Kumpulan itu turut berkongsi gambar di aplikasi sama yang diberi keterangan “57 misi yang dilakukan oleh penembak tepat al-Qassam, termasuk 34 dengan senapang Ghoul“.
Pada masa sama, tentera Israel mengumumkan kematian seorang pegawai baharu dalam barisannya.
"Pegawai Eyal Shominov, 24, seorang komander kompeni dalam Batalion Shaked (424), Briged Givati terbunuh dalam pertempuran di utara Semenanjung Gaza," menurut kenyataan tentera Israel.
Pada 2014, al-Qassam telah mengeluarkan video mengenai senapang penembak tepat buatan tempatan yang baharu di Semenanjung Gaza yang dinamakan Ghoul.
Senapang itu bersempena nama Adnan Al-Ghoul, seorang pemimpin unit pembuatannya yang dibunuh oleh Israel pada 22 Oktober 2004 di Bandar Gaza.
Senapang penembak tepat baharu yang dinamakan Ghoul adalah senapang berkaliber 14.5 milimeter (mm) dengan jarak tembakan sehingga 2 kilometer (km) dan ia adalah antara produk buatan Al-Qassam.
Menurut data di laman web tentera, 577 pegawai dan tentera sudah terbunuh sejak kumpulan bersenjata yang berpangkalan di Gaza, Hamas, melancarkan serangan mengejut pada 7 Oktober tahun lalu.
Daripada jumlah itu, 238 terkorban dalam pertempuran darat yang bermula di Gaza pada 27 Oktober lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hamas
#Israel
#al-Qassan
#penembak tepat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan