INTERNATIONAL
Pejabat biro AP dan Al Jazeera di Gaza musnah dalam serangan udara Israel

Bangunan 12 tingkat yang menempatkan pusat media antarabangsa, Associated Press dan Al Jazeera musnah setelah dibedil Rejim Zionis. - Gambar Reuters
GAZA : Sebuah bangunan 12 tingkat di Gaza yang menempatkan pusat media antarabangsa iaitu Associated Press dan Al Jazeera musnah dibedil oleh peluru berpandu Israel sebentar tadi.
Menurut laporan Reuters, pemilik bangunan itu sebelum ini telah diberi amaran bahawa serangan peluru berpandu itu akan muncul, dan untuk itu orang ramai telah pun diarah meninggalkan premis itu serta-merta.
Setakat ini, anggota tentera Israel masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan lanjut mengenai kejadian itu.
Dan untuk makluman, bangunan yang terletak di Semenanjung Gaza itu juga menempatkan beberapa unit kediaman pangsapuri dan pejabat lain.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami