awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini

Agensi
Agensi
30/01/2025
01:15 MYT
Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas. - Gambar X @Quds News Network
SEMENANJUNG GAZA: Zakaria Zubeidi, seorang pejuang Palestin terkenal serta pengarah teater yang melarikan diri secara dramatik dari penjara pada 2021 sehingga menggemparkan pihak berkuasa Israel dan mengujakan rakyat Palestin, dilaporkan termasuk dalam kalangan 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaru antara Israel dan Hamas.
Zubeidi pernah mengetuai Briged Syahid Al-Aqsa dan bergabung dengan parti Fatah yang mengawal Pihak Berkuasa Palestin serta dan aktif dalam kebangkitan menentang pendudukan Israel antara 2000 dan 2005, menurut laporan The Associated Press.
Pada 2006, Zubeidi menubuhkan The Freedom Theatre di kem pelarian Jenin – tempat asalnya di utara Tebing Barat yang diduduki – bagi mempromosikan penentangan budaya terhadap Israel.
Pasukan teater itu mementaskan pelbagai persembahan, daripada karya Shakespeare kepada komedi pentas serta lakonan hasil tulisan penduduk tempatan.
Pada 2019, selepas bertahun-tahun menjalani hukuman di penjara Israel, Zubeidi ditangkap semula.
Namun, pada 2021, beliau bersama lima tahanan lain berjaya melarikan diri dengan menggali terowong keluar dari sebuah penjara keselamatan maksimum di utara Israel, suatu pelarian yang mengukuhkan lagi imej Zubeidi sebagai wira rakyat dalam kalangan penduduk Palestin.
Beliau dan lima tahanan lain kemudiannya berjaya ditangkap semula. - Al Jazeera
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#gencatan senjata
#pembebasan Palestin
#Zakaria Zubeidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan