Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Isu mafia korporat: Kebebasan badan siasatan keutamaan PM - Fahmi

Isu kebebasan jawatankuasa khas menyiasat dakwaan salah guna agensi demi manfaat pihak korporat menjadi keutamaan Perdana Menteri. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu akan diperincikan dalam mesyuarat Kabinet minggu ini bagi memastikan siasatan dakwaan berprofil tinggi berkenaan telus dan menyeluruh.

Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Isu kebebasan jawatankuasa khas menyiasat dakwaan salah guna agensi demi manfaat pihak korporat menjadi keutamaan Perdana Menteri. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu akan diperincikan dalam mesyuarat Kabinet minggu ini bagi memastikan siasatan dakwaan berprofil tinggi berkenaan telus dan menyeluruh. Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Advertisement

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri menekankan kepentingan kebebasan pasukan khas yang menyiasat dakwaan salah guna agensi demi kepentingan korporat.
  • Isu kebebasan pasukan khas dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu ini, menurut Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
  • Pasukan khas diketuai Peguam Negara akan menyiasat dakwaan pembabitan sindiket dalam salah laku korporat dan manipulasi pasaran saham, dengan laporan dijangka dalam tiga bulan.

KUALA LUMPUR: Isu kebebasan jawatankuasa atau pasukan petugas khas yang akan menyiasat dakwaan salah guna agensi dan institusi demi kepentingan korporat menjadi antara keutamaan paling penting bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu ini, susulan pengumuman mengenainya minggu lalu.

Jelas beliau, ketegasan itu perlu memandangkan ia membabitkan dakwaan serius mengenai penglibatan agensi penguatkuasaan bagi memberi kelebihan kepada pihak tertentu.

"Kita akan dapat (perincian) mungkin daripada perkara dalam mesyuarat minggu ini seperti yang dah saya umumkan minggu lalu. Kerana memang untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, isu kebebasan bagi pasukan itu menjadi antara perkara yang paling utama.

"Ia melibatkan dakwaan yang besar bahawa ada penyalahgunaan agensi ataupun institusi untuk tujuan manfaat korporat ataupun individu tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan kunjungan ke bilik berita Astro AWANI, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Fahmi yakin Perdana Menteri mahu badan siasatan yang dibentuk itu bertindak secara bebas dan telus tanpa sebarang kompromi bagi menyiasat perkara berkenaan secara menyeluruh.

"Saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan minta supaya badan ataupun jawatankuasa yang akan melakukan siasatan ini bebas dan dapat melakukan (siasatan) dengan baik," ujarnya.

Minggu lalu, Perdana Menteri semasa Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat mengumumkan penubuhan pasukan khas yang diketuai Peguam Negara bersama agensi penguatkuasaan utama bagi menyiasat dakwaan pembabitan sindiket dalam salah laku korporat dan manipulasi pasaran saham, dengan laporan penuh dijangka dikemukakan dalam tempoh tiga bulan.
 

Must Watch Video

Advertisement