awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024

Bernama
Bernama
11/01/2025
22:45 MYT
Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024
Manurut Bank Pusat Sri Lanka bagi Disember 2024 sahaja, jumlah kiriman wang rakyat Sri Lanka ialah AS$613.8 juta, berbanding AS$569.7 juta pada Disember 2023. - Foto Facebook/Central Bank of Sri Lanka
COLOMBO: Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023, menurut data terkini Bank Pusat Sri Lanka, lapor Xinhua.
Pada 2023, kiriman wang rakyat Sri Lanka berjumlah kira-kira AS$5.97 bilion.
Bagi Disember 2024 sahaja, jumlah kiriman wang rakyat Sri Lanka ialah AS$613.8 juta, berbanding AS$569.7 juta pada Disember 2023.
Kiriman wang menjadi satu daripada sumber utama pertukaran asing bagi Sri Lanka. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai rakyat negara ini berhijrah ke luar negara untuk bekerja.
Menurut data daripada Biro Pekerjaan Luar Negara Sri Lanka, seramai 312,836 rakyat negara itu berhijrah untuk bekerja di luar negara pada 2024, menjadikannya jumlah tertinggi dalam sejarah penghijrahan pekerjaan negara ini.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#kiriman wang
#bank pusat
#Sri Lanka
#pertukaran asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan