awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabur Malaysia berminat dengan Dana MIF Filipina - Marcos Jr

Bernama
Bernama
28/07/2023
08:28 MYT
Pelabur Malaysia berminat dengan Dana MIF Filipina - Marcos Jr
marcos Jr menyifatkan pelabur Malaysia adalah 'yang paling berhati-hati' dan ingin mengetahui secara spesifik perniagaan sebelum membuat sebarang pelaburan. - Gambar fail
MANILA: Pelabur Malaysia telah menyatakan minat terhadap Dana Pelaburan Maharlika (MIF), dana kekayaan berdaulat pertama Filipina, kata Presiden Ferdinand R. Marcos Jr.
Beliau, bagaimanapun, menyatakan bahawa pelabur Malaysia adalah "yang paling berhati-hati" dan ingin mengetahui secara spesifik perniagaan sebelum membuat sebarang pelaburan.
"Ya. Kesemua mereka telah menyatakan minat kerana itu adalah perniagaan," menurut laporan Agensi Berita Filipina (PNA) yang memetik Marcos berkata demikian kepada media pada Khamis, hari terakhir lawatan negara tiga harinya ke Malaysia, ketika ditanya sama ada ahli perniagaan Malaysia berminat untuk melabur dalam MIF.
MIF diilhamkan untuk memangkin pembangunan ekonomi dengan menggerakkan aset kewangan kerajaan.
"Anda perlu spesifik. Apabila kita sampai ke tahap itu, barulah kita boleh bercakap tentang jumlah yang akan dilaburkan oleh dana dan sudah tentu, oleh rakan kongsi sektor swasta kita," katanya.
MIF akan "dikendalikan secara profesional tanpa pengaruh politik yang tidak wajar" dan pengurus kewangan akan membuat keputusan harian mengenai pelaburan, tambahnya.
PNA juga melaporkan Marcos berkata bahawa beliau menjangkakan pewujudan lebih 100,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Filipina selepas lawatan negaranya meraih AS$285 juta dalam ikrar pelaburan.
Marcos berkata pemimpin perniagaan Malaysia telah menyatakan hasrat mereka untuk melabur dalam industri pemprosesan makanan, platform digital pelbagai perkhidmatan, penerbangan dan perkhidmatan sokongan penyelenggaraan penerbangan di Filipina.
Mereka juga berminat untuk melabur dalam logistik, pembuatan, infrastruktur, air dan kemudahan rawatan air sisa di negara itu, katanya.
Komitmen pelaburan itu, katanya, akan membuka peluang pekerjaan baharu terutama semasa fasa pembinaan dan operasi projek yang dirancang.
"Pekerjaan hiliran, huluan dan hiliran juga akan meningkat dan akan mengekalkan kadar guna tenaga itu. Jadi, apabila kami mula bercakap, apabila kami mula turun ke butiran projek, kami boleh memberi anda jumlah yang lebih baik daripada segi pekerjaan yang diwujudkan," kata Marcos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ferdinand Marcos Jr
#pelabur malaysia
#dana MIF
#kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan