RIO DE JANEIRO: Ribuan pelajar Brazil berarak di jalan raya di Rio de Janeiro sebagai tanda sokongan terhadap Presiden Brazil yang berhaluan kiri, Luiz Inacio Lula da Silva, lapor wartawan RIA Novosti.
Perarakan yang disertai pelajar sekolah dan universiti itu dianjurkan oleh Kesatuan Pelajar Kebangsaan pada Rabu. Demonstrasi turut diadakan di Belem do Para, Salvador, Belo Horizonte dan Porto Alegre.
Kebanyakan poster yang dibawa peserta menyentuh mengenai kemungkinan pemotongan peruntukan pendidikan dan program biasiswa yang mungkin dilaksanakan sekiranya pencabar Lula dari golongan berhaluan kanan, Flavio Bolsonaro, memenangi pilihan raya presiden.
Pada 4 Okt, pusingan pertama pilihan raya diadakan di Brazil, dengan Lula da Silva dan Flavio Bolsonaro mara ke pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung pada 25 Okt.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI