awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar kolej Filipina pakai topi elak tiru jawapan

Sinar Harian
Sinar Harian
25/10/2022
00:45 MYT
Pelajar kolej Filipina pakai topi elak tiru jawapan
Sejumlah pelajar memakai pelbagai jenis topi untuk mengelak mereka melihat jawapan peperiksaan rakan lain di sebuah kolej di Filipina baru-baru ini. - Foto Mary joy Mandane-Ortiz
MANILA: Para pelajar memakai apa yang dipanggil topi anti-penipuan semasa mereka mengambil peperiksaan di kolej telah menjadi tular di media sosial di Filipina baru-baru ini.
Para pelajar di sebuah kolej di Bandar Legazpi diminta memakai penutup kepala bagi menghalang mereka daripada mengintip kertas jawapan peperiksaan rakan-rakan lain.
Ramai antara mereka mencipta topi buatan sendiri daripada kadbod, kotak telur dan bahan kitar semula yang lain.
Mary Joy Mandane-Ortiz iaitu seorang profesor kejuruteraan mekanikal di Kolej Kejuruteraan Universiti Bicol berkata idea itu sangat berkesan, menurut BBC.
Ia dilaksanakan untuk peperiksaan pertengahan penggal baru-baru ini yang telah diduduki oleh ratusan pelajar di kolej itu pada minggu ketiga bulan Oktober.
Profesor itu berkata permintaan awalnya ialah agar pelajar-pelajar membuat topi yang mempunyai reka bentuk mudah daripada kertas.
Dia mendapat ilham tentang pemakaian topi itu daripada teknik yang dilaporkan digunakan di Thailand beberapa tahun sebelum ini.
Terdapat juga pelajar yang memakai topi, topi keledar atau topeng Halloween ketika mengambil peperiksaan. - Sinar Harian memetik laporan agensi
Topic Berkaitan
#peperiksaan
#topi
#meniru
#pelajar kolej
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan