awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Malaysia ditahan atas dakwaan aktiviti pengintipan di Norway

Agensi
Agensi
11/09/2023
14:58 MYT
Pelajar Malaysia ditahan atas dakwaan aktiviti pengintipan di Norway
Suspek yang merupakan seorang pelajar yang tidak berdaftar di institusi pendidikan Norway, hanya berada di Norway untuk tempoh yang singkat. - Gambar hiasan/UNSPLASH
OSLO: Seorang warganegara Malaysia berusia 25 tahun telah ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kesalahan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di Norway, termasuk penyadapan wayar (wiretapping).
Memetik The Nordic Page, suspek telah ditahan oleh Perkhidmatan Perisikan Norway – PST yang bertanggungjawab mencegah aktiviti pengintipan di negara itu pada Jumaat lalu.
Dalam pada itu, suspek turut menafikan dakwaan itu dan difahamkan perbuatannya dilaporkan tiada kaitan dengan Malaysia.
Menurut pihak berkuasa, bukti menunjukkan bahawa kereta sewa suspek telah direkodkan kamera pengawasan dan pada masa sama, pengintipan dilakukan berhampiran lokasi penting, termasuk Kuarters Kerajaan, Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan.
Peguam polis di PST, Thomas Fredrik Blom, memaklumkan pihaknya masih dalam peringkat awal siasatan terperinci untuk mengumpul bukti.
Suspek yang merupakan seorang pelajar yang tidak berdaftar di institusi pendidikan Norway, hanya berada di Norway untuk tempoh yang singkat.
Suspek ditangkap pada 8 September dan kemudiannya ditahan selama empat minggu, dengan dua minggu pertama di dalam sel berasingan.
Dalam masa sama, pihak Polis turut merampas pelbagai peranti pembawa data dan barangan elektronik daripada suspek tersebut.
Tuduhan terhadapnya adalah berdasarkan Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh membahayakan kepentingan asas negara.
Pihak berkuasa mengesyaki mungkin terdapat lebih banyak individu yang terlibat dalam kes itu.
Sementara itu, suspek dilaporkan enggan memberikan sebarang kenyataan kepada PST, dan peguam bela, Aase Karin Sigmond, menjelaskan bahawa dia berada dalam keadaan tidak sihat berikutan penahanan yang disifatkan 'dramatik'.
Topic Berkaitan
#Norway
#aktiviti pengintipan
#Perkhidmatan Perisikan Norway
#Thomas Fredrik Blom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan