KUALA LUMPUR: Para pelajar Malaysia yang terjejas teruk akibat banjir di Queensland, Australia sejak beberapa hari lepas, berada dalam keadaan selamat dan telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelajar terbabit dipindahkan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan, pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia berstatus penduduk tetap (PR) yang tinggal di Queensland.
Katanya, urusan perpindahan dan kebajikan pelajar terbabit dilaksanakan dengan koordinasi bersama agensi-agensi lain termasuk Pejabat MARA Australia, Pejabat Pendidikan dan Latihan New Zealand, Pejabat Malawakil Canberra, wakil penaja iaitu Petronas dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta Persatuan Pelajar Malaysia-MASCA National dan MASCA Queensland.
Selain itu, pejabat Education Malaysia Australia (EMA) sedang memantau situasi banjir itu dan menasihatkan pelajar-pelajar lain yang terjejas supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara memandangkan kemungkinan berlaku bekalan elektrik dan air akan diputuskan.
"Ia juga bagi memudahkan pemantauan dan koordinasi oleh pihak berkuasa serta Pejabat Malawakil Canberra," demikian menurut kenyataan itu di sini, hari ini.
KPT sentiasa berhubung dengan pihak EMA dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi semasa dan tindakan lanjut yang perlu diambil.
Para pelajar dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut boleh menghubungi EMA di talian +61 484 570 400 (Muhammad Afiq) atau +61 420 201 781 (Kartini) atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-88706777/6949/6623/6628.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Brisbane ditenggelami air. - Foto AP

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Banjir di Baling: Isytihar darurat bencana tahap i atau II - MB
Pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan.

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral

Gaji rendah punca kekurangan pekerja di restoran
Ramai anak muda lepasan SPM, diploma dan ijazah menganggur, tetapi pada masa sama, banyak industri dilaporkan tidak cukup pekerja.

Ketidaktentuan politik dan ekonomi memerlukan dunia amalkan semangat 'Keluarga Dunia' - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, ekonomi dan politik dunia menghadapi pasca pandemik yang kompleks, selain persaingan antara kuasa besar dunia.

Polis tahan suspek tembakan rambang perarakan Hari Kemerdekaan AS
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 22 tahun, Robert E Crimo III, ketika dia cuba melarikan diri dalam sebuah kereta.

'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.

Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.

Banjir di Baling: Isytihar darurat bencana tahap i atau II - MB
Pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan.

'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.

Banjir: 50,000 penduduk New South Wales diarah pindah
Keadaan ribut dijangka mula reda pada Selasa namun ancaman banjir masih berterusan sehingga hujung minggu ini.

Baling Banjir: Sembilan sekolah terjejas, JPN & PPD diarah siap sedia
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.

Banjir Baling: Operasi mencari tiga individu hilang diteruskan pagi ini
Skop pencarian diperluaskan selain penglibatan beberapa tambahan agensi yang berkaitan.

Banjir Baling: 'Tiada kematian akibat banjir, jangan sebar berita palsu' - KPD
Superitenden Shamsudin Mamat memaklumkan, ianya termasuk berita yang ditularkan mengenai kematian seorang mangsa akibat bencana berkenaan.

Banjir Baling: Bomba bantu mangsa terperangkap dalam rumah
Banjir di Baling berlaku selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak 2 petang Isnin sehingga menyebabkan air Sungai Kupang melimpah.

Banjir Baling: Jakim diarah segera selaras bantuan Musa'adah
Agensi-agensi hal ehwal Islam di bawah seliaan Jakim juga diarah turun ke lapangan bagi membantu pihak berkuasa negeri itu.

Banjir di Baling: 3 sekeluarga hilang dihanyut kepala air
Tiga sekeluarga berusia antara 14 hingga 53 tahun disahkan hilang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir yang melanda Kampung Iboi, Baling, petang Isnin.

Banjir di Baling: Lebih 11 kampung terjejas, 3 PPS dibuka
Pasukan penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba menumpukan usaha pemindahan dan mengesan mangsa terperangkap dalam banjir di Baling, pada Isnin.