FRANKFURT: Seorang remaja 14 tahun terbunuh manakala rakannya yang berusia 13 tahun cedera parah selepas diserang seorang lelaki menggunakan pisau.
Memetik laporan BBC, kejadian berlaku ketika dua remaja itu sedang berjalan kaki ke sekolah di Illerkirchberg, Jerman.
Menurut polis, suspek dilaporkan keluar dari tempat perlindungan pelarian di kampung Illerkishberg pada Isnin pagi dan menyerang dua pelajar itu.
Remaja berusia 14 tahun itu disahkan meninggal dunia di hospital.
Difahamkan, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai pencari perlindungan suaka dari Eritrea.
Polis menemui pisau di sebuah bangunan berhampiran kejadian disyaki senjata yang digunakan dalam serangan itu.
Turut ditahan dua lelaki bagi membantu kes siasatan.
Suspek kini dalam tahanan polis dan sedang dirawat di hospital atas kecederaan yang tidak dapat dikenal pasti.
Polis dalam satu kenyataan menggesa orang awam supaya tidak menggunakan insiden itu untuk mencetuskan kecurigaan terhadap orang asing atau pencari suaka.
"Segala yang berkaitan tidak jelas setakat ini," kata jurucakap polis Wolfgang Juergens.
Illerkirchberg merupakan sebuah bandar kecil dengan populasi penduduk kurang daripada 5,000 mengikut bancian dilakukan pada 2015.
Datuk Bandar Markus Haeussler berkata penduduk di sana masih terkejut dengan kejadian itu.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Faeser mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mangsa terselamat segera sembuh.
"Saya bersedih dengan gadis yang dibunuh dan dengan tulus berharap bahawa gadis yang cedera itu akan pulih.
"Polis sedang menyiasat secara terperinci," tulis beliau dalam ciapan di Twitter.
Agensi
Tue Dec 06 2022

Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai pencari perlindungan suaka dari Eritrea. -Pixabay

Anugerah Grammy 2023 | Harry Styles rangkul Album Terbaik menerusi 'Harry's House'
Anugerah Grammy 2023 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan bintang terkemuka, Harry Styles merangkul anugerah Album Terbaik menerusi album Harry's House.

KKM | Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam fasa akhir menyediakan kertas putih membabitkan dasar asas baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan negara.

Gempa Bumi | Pelbagai negara tawar bantuan ke Turkiye, Syria
Beberapa negara telah menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi menangani kesan gempa bumi itu.

Gempa Bumi | Banyak NGO hubungi Wisma Putra untuk bantu Turkiye
Zambry juga memaklumkan beliau menerima banyak panggilan daripada masyarakat yang mahu sama-sama terbang ke Turkiye, membantu rakyat di sana.

Gempa Bumi | Malaysia hantar Pasukan SMART, fokus operasi mencari, menyelamat
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang disertai seramai 70 anggota dan empat anjing pengesan k9 dihantar Turkiye pada Isnin.

Gempa Bumi | 12 rakyat Malaysia selamat, berjaya dihubungi
Semua 12 rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa bumi di Turkiye dan sekitarnya berjaya dihubungi dan mereka kini berada dalam keadaan selamat.

Gempa Bumi | Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan Turkiye dan Syria serta rakyatnya berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Gempa Bumi | Situasi semasa gempa bumi di Turkiye
Untuk mendapatkan perkembangan dan situasi pelajar di Turkiye. Langsung pada ketika ini Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT), Muhammad Adib Nor Azman.

10 Berita Pilihan - (06 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa Bumi | Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye sahkan mereka selamat
Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Pelajar maut, rakan parah diserang pencari suaka di Jerman
kejadian berlaku ketika dua remaja itu sedang berjalan kaki ke sekolah di Illerkirchberg, Jerman.