awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia

Bernama
Bernama
08/01/2025
06:15 MYT
Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Wang Xing atau dikenali sebagai Xing Xing, dipercayai dipaksa melakukan aktiviti berkaitan sindiket penipuan. - Gambar/ Media sosial
BANGKOK: Seorang pelakon China yang dilaporkan hilang minggu lalu berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, menurut Polis Diraja Thailand.
Ketua Polis Diraja Thai, Thatchai Pitaneelaboot berkata siasatan awal mendapati pelakon itu, Wang Xing atau dikenali sebagai Xing Xing, kemungkinan dipaksa melakukan aktiviti berkaitan sindiket penipuan.
"Siasatan mendapati warga China terlibat dalam kehilangan Wang. Dia berjaya ditemui pihak berkuasa di Myanmar pada Selasa dan dibawa pulang dengan selamat ke Bangkok," katanya dalam satu sidang media pada Selasa.
Pihak polis mengesyaki pelaku adalah sebahagian daripada operasi sindiket penipuan pusat panggilan, selepas mangsa mendedahkan bahawa dia dilatih selama dua hari untuk menggunakan program sembang bagi menipu individu di China, kata Thatchai.
Beliau turut mengesahkan bahawa Wang berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat Thailand atas bantuan mereka dalam kes itu.
"Wang pada awalnya percaya bahawa dia ke Thailand untuk peluang berlakon, tetapi kemudian mendapati dirinya dipaksa menipu rakyat China yang lain," kata Thatchai.
Beliau memaklumkan bahawa siasatan menyeluruh telah dilancarkan dan pihak berkuasa mengesyaki insiden itu adalah sebahagian daripada rangkaian pemerdagangan manusia yang lebih luas.
Wang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu di wilayah Tak, utara Thailand, wilayah yang bersempadan dengan Myanmar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelakon china
#sindiket penipuan
#pemerdagangan manusia
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan