awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan bunuh Theresa May gagal

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2017
03:19 MYT
Pelan bunuh Theresa May gagal
Sebelum ini, jurucakap Perdana Menteri Theresa May berkata bahawa Britain telah menggagalkan sembilan plot dalam tempoh 12 bulan yang lalu. - Gambar fail
PLOT untuk membunuh Perdana Menteri United Kingdom Theresa May telah digagalkan, kata satu sumber rasmi.
Menurut laporan Sky News, polis percaya ada perancangan melancarkan sejenis alat letupan yang dibuat di kediaman Perdana Menteri di Downing Street.
Sky News menambah bahawa ini adalah sesuatu yang telah dihidu selama beberapa minggu oleh Scotland Yard, MI5 dan Polis West Midlands.
Terdahulu, jurucakap Perdana Menteri Theresa May berkata bahawa Britain telah menggagalkan sembilan plot dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
Sementara itu, media melaporkan, dua lelaki akan hadir di mahkamah di London pada Rabu, berdepan tuduhan merancang plot yang membabitkan pembunuhan Theresa May.
Polis Metropolitan London menamakan mereka sebagai Naa'imur Zakariyah Rahman, 20, dari utara London dan Mohammed Aqib Imran, 21, dari tenggara Birmingham.
Kedua-dua lelaki itu ditahan kerana disyaki merancang untuk membunuh perdana menteri dengan menggunakan bom bagi meletupkan pintu Downing Street dan kemudian menyerangnya dengan pisau, kata laporan itu.
Topic Berkaitan
#Birmingham
#bunuh
#Downing Street
#Mohammed Aqib Imran
#Naa'imur Zakariyah Rahman
#Perdana Menteri
#plot
#Sky News
#Theresa May
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan