Skip to main content

Dunia

Pelancong Britain didakwa di Dubai kerana rakam video misil Iran

FILE PHOTO: A general view of the luxury Burj al-Arab Hotel at Jumeirah area in Dubai, UAE December 9, 2015. Picture taken December 9, 2015. REUTERS/Karim Sahib/Pool/File Photo
Emiriah Arab Bersatu, diserang dengan peluru berpandu susulan konflik antara Iran dengan AS dan Israel. - Gambar/ Reuters

LONDON: Seorang pelancong Britain didakwa di bawah undang-undang jenayah siber di Dubai atas rakaman video yang menunjukkan serangan peluru berpandu ketika berlakunya konflik di Asia Barat, menurut sebuah kumpulan kempen, lapor PA Media/dpa.

Lelaki berusia 60 tahun itu dituduh "menyiarkan, menerbitkan, menerbitkan semula atau menyebarkan khabar angin atau propaganda provokatif yang boleh mengganggu keselamatan awam," menurut Detained in Dubai.

Advertisement

Radha Stirling, ketua eksekutif kumpulan itu, berkata lelaki tersebut berkata dia memadamkan video itu daripada telefonnya apabila ditanya dan tidak berniat melakukan kesalahan.

Emiriah Arab Bersatu, telah diserang dengan peluru berpandu susulan konflik antara Iran dengan AS dan Israel.

Stirling berkata: "Tuduhan itu kedengaran sangat kabur tetapi serius di atas kertas."

"Sebenarnya, kelakuan yang didakwa itu boleh menjadi sesuatu yang semudah berkongsi atau mengulas video yang sudah tersebar dalam talian."

Beliau menambah: "Di bawah undang-undang jenayah siber UAE, orang yang pada asalnya menyiarkan kandungan boleh didakwa, tetapi begitu juga sesiapa yang membentuk semula, menyiarkan semula atau mengulas mengenainya."

“Satu video boleh membawa kepada puluhan orang menghadapi tuduhan jenayah dengan pantas," jelas Stirling.

Menurut Detained in Dubai, pelancong Britain itu antara 21 orang yang didakwa di bawah undang-undang jenayah siber berhubung video dan siaran media sosial yang berkaitan serangan peluru berpandu baru-baru ini.

Kumpulan itu berkata hukuman dalam kes sedemikian termasuk sehingga dua tahun penjara. 

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

 

 

 

Must Watch Video