awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong terkejut Paris busuk, kotor akibat timbunan sampah

Agensi
Agensi
15/03/2023
16:10 MYT
Pelancong terkejut Paris busuk, kotor akibat timbunan sampah
Sampah berselerakan yang tidak dibersihkan itu berpunca daripada tunjuk perasaan berkaitan reformasi sistem pencen Perancis. - Twitter @ianbremmer
PARIS: Apa sudah jadi dengan kota ini? Bukankah Paris terkenal dengan gelaran Kota Romantis?
Itulah yang bermain dalam fikiran ramai, terutamanya pelancong asing yang menjejakkan kaki ke bandar raya tumpuan pelancongan dunia itu sejak minggu lalu.
AFP melaporkan tentang keluhan seorang pelancong Portugal, Fabio Figueirado, yang datang ke kota itu untuk menghayati keindahan seni bina dan laluan romantik, namun dia dan teman wanitanya disambut dengan timbunan sampah sarap di pinggir jalan.
“Saya tidak pernah melihat sebuah kota dengan sampah yang begini banyak. Adakah mereka mengutipnya seminggu sekali? Ini sangat buruk,” ujar Figueirdo, 25, yang ditemui di hadapan rumah opera.
Je suis ravi que certains se rendent compte que les éboueurs sont plus importants que les éditorialistes des chaînes de propagande #Greve15mars #poubellesparis #saccageparis pic.twitter.com/4usKYqynEc
— Avner Solal (@TheAvnerSolal) March 15, 2023
coucou @PascalPraud+#heuredespros+@CNEWS #ReformeDesRetraites=#MacronDestitution#Pourriture partout surtout en politique=#Senat? Les Anglais+autre=#ParisTrash,#GarbageParis voyent pas/plus #Paris plus belle ville du monde mais #ParisPoubelleVileDuMonde#augmenter #smic et0pbls pic.twitter.com/ns3kPGbGLy
— hibert julius (@pauvreencolere) March 14, 2023
Sampah berselerakan yang tidak dibersihkan itu berpunca daripada tunjuk perasaan berkaitan reformasi sistem pencen Perancis yang tidak disenangi kebanyakan kesatuan pekerja.
Syarikat pembersih sampah di ibu negara Perancis turut menyertai mogok sejak minggu lalu sebagai sebahagian daripada protes di seluruh negara berhubung rang undang-undang baharu.
Pindaan terkini menyaksikan umur persaraan dinaikkan, serta dan caruman ditingkatkan untuk pencen penuh.
Perkembangan terkini itu membuatkan kira-kira 6,600 tan sampah terbiar di pinggir jalanan di kebanyakan kawasan di serata Paris.
The streets of Paris fill with trash as workers continue to strike against President Macron's pension reforms. pic.twitter.com/mvLrdCCvcz
— DW News (@dwnews) March 13, 2023
Protests in #Paris against pension reform are affecting trash pickup services in the French capital, with piles of waste sitting on many of the citys normally brightest streets, including those just steps from monuments like the Eiffel Tower and the Arc de Triomphe.@infoNILE pic.twitter.com/YzGhhhQHr4
— Moïse NDAYIRAGIJE (@ndayiramoise) March 12, 2023
"Sedih melihat sampah begini banyak di kota yang cantik ini. Banyak jalan yang kami lalui, penuh dengan sampah,” adu seorang pelancong dari Colombia, Martha Velasquez, 52 di depan katedral Notre-Dame.
Menurut wakil kesatuan pekerja, keadaan kotor, busuk dan tidak terurus itu dijangka berterusan sehingga Isnin depan.
Para pekerja pembersih termasuk pemandu lori pembersihan juga mahukan kenaikan gaji supaya mereka mendapat pencen lebih tinggi. Kebanyakan mereka bimbang sekiranya wang pencen yang diterima nanti terlalu rendah untuk mereka menghadapi hari tua, di tengah-tengah sentimen kenaikan kos sara hidup yang berterusan.
Presiden Pejabat Pelancongan Paris, Jean-François Rial, mengakui keadaan kota itu yang dicemari sampah tidak bagus untuk pengalaman pelancong asing. Namun menurutnya, protes yang berlanjutan tetap tidak meninggalkan impak pada jumlah kedatangan pelancong ke kota itu.
Welcome to Paris pic.twitter.com/1JvNwqblen
— Tayo Aina (@tayoainafilms) March 11, 2023
Topic Berkaitan
#paris kotor
#paris penuh sampah
#pekerja mogok
#protes
#pencen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan