awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pele masih berjuang - Anak perempuan Pele

Bernama
Bernama
25/12/2022
04:35 MYT
Pele masih berjuang - Anak perempuan Pele
Gambar yang menyentuh hati ini dikongsi Kely menerusi akaun Instagramnya @iamkelynascimento.
SAO PAULO: Anak perempuan kepada legenda bola sepak Brazil Pele berkata bapanya "masih berjuang" melawan kanser di hospital Sao Paulo, lapor Xinhua.
Kely Cristina Nascimento menyiarkan foto dia memeluk ayahnya di Instagram dan hanya memaparkan sebahagian wajahnya.
"Kami masih di sini, berjuang dan percaya. Satu malam lagi bersama," kata Nascimento menerusi mesej yang mengiringi foto itu.
Pele dimasukkan ke hospital Albert Einstein akhir bulan lalu bagi merawat jangkitan pernafasan dan melakukan penilaian semula kemoterapi.
Pada Rabu, Nascimento mengumumkan bapanya akan menghabiskan Hari Natal di hospital selepas doktor memaklumkan bahawa Pele memerlukan "penjagaan yang lebih teliti".
Antara mereka yang menghantar mesej sokongan kepada Pele sejak beberapa minggu kebelakangan ini ialah penyerang Perancis Kylian Mbappe, yang menggesa pengikutnya untuk "berdoa untuk Pele".
Catatan terbaharu Pele di Instagram adalah selepas kemenangan Argentina menentang Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia Ahad lalu, di mana beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Amerika Selatan itu dan Lionel Messi untuk kemenangan mereka.
Dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat, Pele merupakan satu-satunya pemain yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali dan menjulang trofi itu pada 1958, 1962 dan 1970.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau mengalami beberapa masalah kesihatan, termasuk berkaitan tulang belakang, pinggul, lutut dan buah pinggang.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pele
#rawatan hospital
#kely cristina nascimento
#kanser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan