awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluncur maut disyaki serangan jerung

Bernama
Bernama
06/09/2025
10:52 MYT
Peluncur maut disyaki serangan jerung
Lelaki itu "digigit oleh seekor jerung besar" berhampiran Dee Why di pantai utara Sydney. - Gambar hiasan/ AP
SYDNEY: Seorang peluncur maut disyaki akibat serangan jerung di perairan Sydney pada pagi Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik polis.
Lelaki itu "digigit oleh seekor jerung besar" berhampiran Dee Why di pantai utara Sydney, menurut polis New South Wales dalam satu kenyataan.
Perkhidmatan kecemasan dikerahkan ke Pantai Long Reef, berhampiran Dee Why, sejurus selepas jam 10 pagi (0000 GMT) selepas menerima laporan seorang lelaki mengalami kecederaan parah. "Mangsa dibawa naik dari laut ke daratan; bagaimanapun, meninggal dunia di lokasi kejadian," menurut kenyataan polis.
Pantai Long Reef terletak kira-kira 20 kilometer di utara pusat bandar Sydney. Pihak berkuasa menutup semua pantai antara kawasan pelancongan Manly di selatan dan Narrabeen di utara "sehingga makluman lanjut", kata polis.
Polis menambah bahawa "dua bahagian papan luncur" telah ditemui di lokasi dan akan diperiksa oleh pakar bagi mengenal pasti spesies jerung yang terlibat.
Tiga spesies yang berasal dari kawasan itu dikenali berbahaya kepada manusia: jerung harimau, jerung lembu dan jerung putih besar.
Dengan kira-kira 5.5 juta penduduk, Sydney adalah bandar paling ramai penduduk di Australia. Bagaimanapun, kemungkinan diserang jerung di situ atau di tempat lain di negara itu adalah sangat rendah.
Tahun lalu, hanya satu serangan jerung maut direkodkan di negara itu, menurut Pangkalan Data Insiden Jerung Australia (ASID). Setakat ini, terdapat tiga serangan maut pada 2025, tidak termasuk insiden Sabtu ini.
Spesies berbahaya seperti jerung lembu yang lebih agresif semakin kerap berada di sekitar Pelabuhan Sydney dan pantai-pantai bandar itu berikutan perubahan iklim dan peningkatan suhu laut - sekali gus meningkatkan bahaya kepada perenang dan peluncur.
Satu kajian oleh Universiti James Cook di Queensland mendapati jerung kini berada di perairan pesisir Sydney sekitar 15 hari lebih lama pada musim panas berbanding 15 tahun lalu. Perairan Lautan Pasifik di kawasan itu semakin panas berbanding kebanyakan kawasan marin lain di dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan jerung
#Sydney
#Australia
#peluncur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan