Skip to main content

Dunia

Peluru berpandu, dron hentam pangkalan tentera AS di Kuwait - Iran

A screengrab from an Iranian state TV video says to show an Iranian missile flying through the air at an unknown location, in this screengrab obtained by Reuters on July 8, 2026. Iranian State TV/Handout via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. ISRAEL OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN ISRAEL. NO ACCESS FOR ISRAELI MEDIA. NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSIAN. NO USE MANOTO. NO USE IRAN INTERNATIONAL. NO USE RADIO FARDA. DIGITAL: NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSI
IRGC berkata serangan itu menyasarkan sistem radar amaran awal C-RAM dan tempat berkumpul tentera AS semasa apa yang disifatkannya sebagai gelombang kelapan operasi Nasr 2. - Gambar hiasan/Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata awal Khamis, peluru berpandu dan dron pasukan itu menyerang aset tentera Amerika Syarikat (AS) di Pangkalan Udara Ali Al Salem di Kuwait, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media negara Iran, IRGC berkata serangan itu menyasarkan sistem radar amaran awal C-RAM dan tempat berkumpul tentera AS semasa apa yang disifatkannya sebagai gelombang kelapan operasi Nasr 2.

Menurut kenyataan itu, serangan berkenaan sebagai tindak balas kepada serangan semalaman AS ke atas bandar-bandar selatan Iran dan kawasan pantai.

IRGC turut menuduh Washington menggunakan wilayah Kuwait untuk melancarkan serangan ke atas Iran dan menyeru warga Kuwait supaya mengusir tentera AS dari negara mereka.

Sebelum ini, tentera Kuwait berkata pertahanan udaranya telah bertindak balas terhadap apa yang disifatkannya sebagai dron "musuh", sambil menambah bahawa letupan yang kedengaran di beberapa bahagian negara itu disebabkan oleh operasi pemintasan.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara AS dan Iran mengenai Selat Hormuz, dengan kedua-dua pihak bertukar serangan walaupun wujud memorandum persefahaman pengantaraan Pakistan bertujuan menamatkan konflik dan mencapai perjanjian damai.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement