SADAO: Sebelum pandemik COVID-19 melanda, Pekan Danok di wilayah Sadao di selatan Thailand merupakan destinasi popular pilihan rakyat Malaysia untuk melancong, berhibur selain membeli pelbagai barangan.
Pekan Danok yang berjiran dengan Bukit Kayu Hitam biasanya sibuk dengan pelbagai aktiviti, namun kini sunyi dan lengang susulan penutupan pintu sempadan Thailand-Malaysia sejak Mac tahun lepas.
Premis perniagaan di pekan sempadan Thailand-Malaysia itu masih tutup meskipun kerajaan Thailand sudah membenarkan sektor perniagaan beroperasi.
Rata-rata ekonomi tempatan dan industri pelancongan di Pekan Danok yang bergantung kepada kedatangan warga asing, terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Ketiadaan pengunjung khususnya dari Malaysia dan Singapura menyebabkan restoran, kedai makanan, pusat hiburan dan kedai urut terpaksa gulung tikar.
Melihat kejayaan "Phuket Sandbox", pelancong lengkap dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan mengunjungi pulau peranginan itu tanpa kuarantin, penasihat Persatuan Usahawan Danok Dr Suthiphong Sitthipataraprapha mencadangkan Pekan Danok dibuka khas kepada pengunjung dari Malaysia yang lengkap dua dos vaksin.
Jelasnya, "Danok Sandbox" boleh dimulakan dengan membenarkan kemasukan pelancong dari Malaysia memandangkan negara ini bakal mencapai imuniti kelompok menjelang Oktober, ia sekali gus membantu menghidupkan semula ekonomi tempatan di Pekan Danok.
"Danok Sandbox" satu projek perintis untuk membuka semula pekan atau bandar di sempadan kepada pelancong dan pengunjung asing.
"Pengunjung perlu menjalani ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum tiba di Pekan Danok. Mereka hanya boleh bergerak dalam lingkungan radius 2.7 kilometer dari sempadan dan hanya boleh tinggal di hotel terpilih di bawah Safety and Health Administration (SHA)," katanya kepada Bernama.
Jun lalu, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha mengumumkan Thailand akan membuka semula sempadannya kepada pelawat antarabangsa dalam masa 120 hari atau menjelang pertengahan Oktober.
Selain "Phuket Sandbox", Thailand turut melancarkan "Samui Plus", menyaksikan pelancong berpeluang mengunjungi Koh Samui, Koh Pha-ngan dan Koh Tao, sejak 15 Julai lalu.
Phuket telah menyambut 26,400 pengunjung sepanjang dua bulan pertama, bermula 1 Julai hingga 31 Ogos, selepas membuka pintu kepada pelancong dan menjana pendapatan bernilai 1.63 billon Baht.
Melalui program "Samui Plus" pula, pelancong berpeluang mengunjungi Koh Samui, Koh Pha-ngan dan Koh Tao. Sejak dimulakan pada 15 Julai dan sehingga 31 Ogos lalu Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) memaklumkan program itu telah menerima 918 pengunjung, dengan 6,329 tempahan bilik, menghasilkan pendapatan 37.6 juta Baht .
Sebagai usaha untuk merangsang semula industri pelancongan, Thailand juga merancang membuka kembali lebih banyak destinasi pelancongan popularnya termasuk Bangkok dan empat wilayah lain iaitu Chonburi, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan dan Chiang Mai pada Oktober.
Sementara itu, Naib Presiden Majlis Industri Pelancongan Thailand wilayah Songkhla Aida Oujeh berharap kerajaan Thailand dapat mempercepatkan kempen vaksinasi di wilayah Songkhla, khususnya di Pekan Danok untuk membolehkan mencapai imuniti kelompok dalam tempoh terdekat.
"Setakat ini, suntikan vaksin COVID-19 di Pekan Danok hanya 30 hingga 35 peratus sahaja," katanya sambil menambah agar pemandu pelancong, pemandu teksi, tuk-tuk dan van pelancong harus diberi vaksinasi.
Cadangan "Danok Sandbox" sudah tentu memberi khabar gembira buat pemain industri untuk merangsang ekonomi tempatan namun, pelbagai langkah serta inisiatif perlu diambil bagi memastikan ia memanfaatkan penduduk dan yang paling penting tiada penularan COVID-19 dalam kalangan komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
Premis perniagaan di pekan sempadan Thailand-Malaysia itu masih tutup meskipun kerajaan Thailand sudah membenarkan sektor perniagaan beroperasi. - Google Map
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 rakyat M'sia anggota sindiket 'Macau scam' ditahan di Danok
Sepuluh warga Malaysia dan lima tempatan itu ditahan dalam serbuan pihak berkuasa terhadap lima lokasi di pekan Danok pada Rabu lepas.
Tujuh warga Malaysia antara ditahan dalam serbuan disko di Danok
Turut ditahan dalam serbuan bermula dari 1 pagi (waktu tempatan) hari ini dan berakhir lima jam kemudian, adalah pemilik tempatan pusat hiburan itu, yang juga didapati positif dadah.
'Hilangnya' Jalur Gemilang di pintu sempadan
Potret Raja Thailand terpampang dan bendera kebangsaan Thailand berkibaran tepat di wilayahnya tetapi tidak kelihatan Jalur Gemilang dikibarkan di Malaysia.
90 rakyat Malaysia antara 224 ditahan dalam serbuan pusat judi haram di Danok
Pihak berkuasa turut merampas 35 alat perjudian serta pelbagai matawang asing dan tempatan bernilai 2.3 juta Baht.
Rakyat Malaysia tangguh sambut Krismas di Danok
Rakyat Malaysia mula menangguhkan percutian sempena cuti Hari Krismas ke Danok susulan letupan bom yang berlaku di sana baru-baru ini.
Rakyat Malaysia dinasihati elak perancangan ke selatan Thailand
Rakyat Malaysia dinasihati agar menangguhkan sebarang perancangan untuk ke selatan Thailand susulan serangan bom di Danok baru-baru ini.
Letupan di Padang Besar, hanya salah faham - Ketua Polis Perlis
Ikuti penjelasan Ketua Polis Perlis, Datuk Zullaznam Haron berhubung kekeliruan lokasi kejadian letupan bom iaitu Padang Besar.
Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia elak kunjungi selatan Thai
Rakyat Malaysia perlu menimbangkan, buat masa ini, untuk menangguhkan sebarang kunjungan tidak perlu ke wilayah terbabit bagi keselamatan diri mereka dan atas sebab-sebab keselamatan.
Tiada rakyat Malaysia cedera akibat letupan bom Selatan Thai
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam siri letupan di selatan Thailand pada hari Ahad.