Syeikh Azhar, Universiti Al-Azhar Mesir, Syeikh Ahmad Toyyib memecat Pemangku Presiden universiti itu, Ahmed Husni berikutan tuduhan beliau terhadap penulis Mesir sebagai murtad kerana mengeluarkan pandangan mencetuskan kontroversi di negara tersebut.
Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan, pada Jumaat berkata Syeikh Azhar memutuskan pemecatan Ahmed Husni dan melantik Dekan Fakulti Bahasa Arab, Kaherah Mohammed Mahrasawi bagi memangku jawatan itu, berkuat kuasa pada Sabtu, sehingga presiden baharu diumumkan.
"Keputusan ini dibuat selepas dua hari tuduhan yang dilemparkan oleh Ahmed Husni ke atas seorang penulis Mesir, Islam Buhairi sebagai murtad dalam satu program televisyen Mesir pada Rabu lepas", menurut laporan itu.
Husni mendakwa bahawa Buhairi mencetuskan kontroversi dalam memberi pandangan agama dalam satu rancangan televisyen ''Bersama Islam'' dan menafikan perkara yang diketahui umum daripada syariat Islam.
Menurut kenyataan itu, keputusan pemecatan itu dibuat kerana tuduhan Husni telah terkeluar daripada manhaj Al- Azhar sebenar.
Pada 31 Julai 2016, Mahkamah Tinggi Mesir menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas Buhairi atas tuduhan menghina agama tetapi mendapat pengampunan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi pada November tahun lepas.
Agensi
Sun May 07 2017
Syeikh Azhar, Universiti Al-Azhar Mesir, Syeikh Ahmad Toyyib memecat Presiden universiti itu, Mesir Ahmed Husni berikutan tuduhan beliau terhadap penulis Mesir sebagai murtad.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Pemangku Presiden Universiti Al-Azhar dipecat kerana membuat tuduhan murtad
Syeikh Azhar, Universiti Al-Azhar Mesir, Syeikh Ahmad Toyyib memecat Pemangku Presiden universiti itu, Ahmed Husni berikutan tuduhan beliau.