Seorang daripada pembantu paling lama berkhidmat di bawah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Hope Hicks, meletak jawatan sebagai Pengarah Komunikasi, kata Rumah Putih semalam.

Trump berkata, pembantunya itu melakukan tugas dengan cemerlang sejak tiga tahun lalu.

Hicks adalah individu utama di sebalik kempen pilihan raya Republikan sebelum menyertai Trump di Rumah Putih.

Setiausaha Rumah Putih, Sarah Sanders berkata, tiada garis masa ditetapkan untuk pengunduran Hicks dan menafikan sebagai kaitan antara keputusannya dan panel siasatan Kongres terhadap campur tangan Russia dalam Pilihan Raya Presiden 2016 pada Selasa.

Ketika kemunculannya di hadapan Jawatankuasa Perisikan Kongres, Hicks terperangkap untuk menjawab soalan diluluskan sebelumnya dan enggan menjawab banyak soalan lain dilontarkan oleh pembuat dasar.

Menurut pembuat dasar yang hadir dalam sesi tertutup, tindakan itu bermaksud mengelak soalan mengenai tugasnya dan hubungan Rumah Putih dengan Rusia.

Hicks dianggap individu paling berahsia dalam Rumah Putih sejak Trump mengambil alih jawatan itu setahun lalu.