awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden kemalangan tren di Sepanyol - Wisma Putra
Enam projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi lewat setakat Dis 2025 - Fadillah
Ringgit dijangka meningkat kepada 3.94 berbanding dolar AS menjelang akhir 2026 - AmBank
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pemberhentian tenaga kerja menyakitkan' jika penutupan kerajaan berlarutan - Vance

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2025
00:20 MYT
'Pemberhentian tenaga kerja menyakitkan' jika penutupan kerajaan berlarutan - Vance
Setakat ini, lebih 4,000 kakitangan persekutuan telah diberhentikan, termasuk dari agensi penting seperti Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). - Foto REUTERS
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance, memberi amaran bahawa lebih banyak pemberhentian tenaga kerja yang menyakitkan akan berlaku sekiranya penutupan kerajaan persekutuan terus berpanjangan, ketika ribuan kakitangan awam telah pun terjejas.

Ringkasan AI
  • JD Vance beri amaran pemberhentian tenaga kerja besar-besaran, jika penutupan kerajaan AS terus berpanjangan tanpa kelulusan belanjawan oleh Kongres.
  • Lebih 4,000 kakitangan persekutuan telah diberhentikan, termasuk dari agensi penting seperti CDC, dengan risiko pemberhentian tambahan masih tinggi.
  • Pentadbiran Trump cuba kekalkan bayaran tentera dan bantuan makanan, sementara kebuntuan politik antara Republikan dan Demokrat terus menghalang penyelesaian.

Dalam temu bual bersama Fox News, Vance menegaskan bahawa pentadbiran Trump sedang berusaha mengekalkan pembayaran kepada anggota tentera dan memastikan bantuan makanan kepada golongan berpendapatan rendah tidak terganggu.
Namun, beliau mengakui bahawa tanpa kelulusan belanjawan oleh Kongres, lebih banyak jabatan akan terpaksa melaksanakan pemberhentian tenaga kerja secara drastik.
Setakat ini, lebih 4,000 kakitangan persekutuan telah diberhentikan, termasuk dari agensi penting seperti Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Walaupun sebahagian pekerja CDC telah dipanggil semula selepas notis pemberhentian dihantar secara tidak sengaja, risiko pemberhentian tenaga kerja tambahan masih tinggi.
Penutupan kerajaan kini memasuki hari ke-12 tanpa sebarang undian dijadualkan di Kongres.
Parti Demokrat menyalahkan Republikan kerana menangguhkan kelulusan belanjawan, khususnya berkaitan subsidi insurans kesihatan dalam rang undang-undang semasa.
Penganalisis menjangkakan kesan ekonomi dan sosial akan terus meningkat sekiranya kebuntuan ini tidak diselesaikan segera.
Topic Berkaitan
#pemberhentian tenaga kerja
#JD Vance
#penutupan kerajaan
#Belanjawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan