INTERNATIONAL
Pemberontak Houthi Yaman lancar serangan ke atas lapangan terbang dan stesen jana kuasa Arab Saudi

Suasana dan operasi di Lapangan Terbang Abha dilaporkan berjalan seperti biasa. - Sumber Google Map
Pemberontak Houthi Yaman berkata kumpulan itu telah melancarkan serangan dron ke atas beberapa sasaran tentera dan kawasan meletak pesawat di Lapangan Terbang Abha dan stesen jana kuasa Tihama di Arab Saudi pada Isnin.
Lapor Reuters, pengakuan itu dibuat menerusi stesen televisyen Masirah TV milik kumpulan itu.
Sementara itu agensi berita Arab Saudi, Al-Arabiya TV memaklumkan tentera perikatan telah berjaya memintas serangan dron yang mensasarkan orang awam di Arab Saudi.
Selain itu laporan juga menyebut suasana dan operasi di Lapangan Terbang Abha juga berjalan seperti biasa.
Kumpulan pemberontak Houthi yang dikatakan pro Iran telah menyingkirkan pemerintahan kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi dan antarabangsa pada tahun 2014.
Serangan peluru berpandu dan dron dari kumpulan itu ke Arab Saudi semakin kerap dilaporkan sejak kebelakangan ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami