DUNIA
Pemberontak Ukraine adakan majlis memperingati mangsa MH17

Hampir 200 mangsa MH17 merupakan rakyat Belanda dan yang lain datang dari pelbagai negara termasuklah Malaysia, Australia, Kanada, Britain dan Belgium. - Gambar AP
Pemberontak Ukraine pada Jumaat mengadakan majlis memperingati mangsa terbunuh dalam insiden tembak jatuh pesawat malaysia airlines, MH17 enam tahun lepas.
Diadakan di lokasi kejadian,mereka berkumpul sambil memegang lilin dan bendera beberapa negara yang rakyatnya menjadi mangsa insiden tersebut.
Hampir 200 mangsa merupakan rakyat Belanda dan yang lain datang dari pelbagai negara termasuklah Malaysia, Australia, Kanada, Britain dan Belgium.
Selepas enam tahun pesawat itu ditembak jatuh, pasukan penyiasat belanda menyatakan peluru berpandu BUK yang menembak pesawat itu.
Bercakap pada majlis tersebut, pemimpin Donetsk People's Republic, Denis Pushulin menegaskan siasatan itu berat sebelah.
Dia menuduh pihak berkuasa Ukraine mengalihkan kesalahan itu kepada pemberontak dan Rusia.
Pasukan pendakwa antarabangsa yang menyiasat kes itu telah menuduh tiga orang Rusia dan seorang Ukraine terlibat dalam menjatuhkan pesawat dan pembunuhan semua orang di dalam pesawat.
Rusia telah berulang kali menafikan terlibat dalam penembakan penerbangan MH17.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami