awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan CEO UnitedHealthcare disifatkan tindakan keganasan - Datuk bandar NYC

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2024
23:00 MYT
Pembunuhan CEO UnitedHealthcare disifatkan tindakan keganasan - Datuk bandar NYC
Adams menyifatkan pembunuhan Thompson sebagai tindakan keganasan. - Foto REUTERS
NEW YORK: Datuk Bandar New York City, Eric Adams, menyifatkan pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif UnitedHealthcare, Brian Thompson, sebagai tindakan keganasan, selepas suspek, Luigi Mangione dipindahkan di bawah tahanan polis New York City pada Khamis.
Mangione sebelum ini telah membuang haknya untuk proses ekstradisi dalam satu pendengaran di Mahkamah di Pennsylvania.
Dalam pada itu, pendakwa raya persekutuan di Manhattan mendakwa Mangione menghadapi pertuduhan jenayah persekutuan termasuk membunuh menggunakan senjata api, dua tuduhan mengejar mangsa dan satu tuduhan menggunakan penekan senjata api haram.
Menurut aduan jenayah, aduan tersebut mendakwa Mangione menghabiskan masa berbulan merancang serangan disebabkan kebenciannya terhadap industri insurans kesihatan dan eksekutif korporat kaya.
Mangione, lulusan Ivy League, didakwa membunuh Thompson pada 9 Disember di luar hotel Manhattan, sebelum persidangan syarikat berlangsung, yang mana Mangione ditahan di Pennsylvania selepas menjadi buruan selama lima hari.
Sebelum ini, laporan media sosial dan kenyataan rakan-rakan menyebut Mangione mengalami kesakitan belakang kronik yang menjejaskan kehidupannya.
Sementara itu, Unitedhealth group menegaskan, Mangione bukan pelanggan syarikat insurans mereka.
Topic Berkaitan
#Ketua Pegawai Eksekutif
#New York
#kes bunuh
#Luigi Mangione
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan