awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan Haniyeh tidak membantu untuk gencatan senjata Gaza - Biden

Bernama
Bernama
02/08/2024
21:03 MYT
Pembunuhan Haniyeh tidak membantu untuk gencatan senjata Gaza - Biden
BIDEN: Kami mempunyai asas untuk gencatan senjata. Dia (Netanyahu) perlu mengambil tindakan, dan mereka (Israel) perlu bertindak sekarang. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh tidak membantu usaha untuk mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
"Ia tidak membantu," kata Presiden AS itu kepada wartawan lewat Khamis, apabila ditanya sama ada pembunuhan Haniyeh menjejaskan peluang untuk perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Anadolu.
Biden juga berkata beliau telah mengadakan perbincangan "secara berterus terang" dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
"Kami mempunyai asas untuk gencatan senjata. Dia perlu mengambil tindakan, dan mereka perlu bertindak sekarang," katanya.
Israel telah meneruskan serangan udara dan daratnya ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. Sejak itu, hampir 40,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh, wilayah itu telah diratakan dan kebanyakan penduduknya kelaparan dan kehilangan tempat tinggal.
Haniyeh dibunuh semasa lawatannya ke ibu kota Iran, Tehran pada Rabu. Israel tidak mengulas secara langsung mengenai kematiannya.
Pembunuhan itu berlaku sehari selepas Komander Hizbullah, Fouad Shukr, terbunuh dalam serangan udara Israel di pinggir bandar selatan Beirut.
Perbincangan untuk gencatan senjata dan pertukaran tebusan, yang diteruskan melalui pengantara AS, Qatar, dan Mesir, nampaknya terhenti selepas serangan di Beirut dan Tehran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ismail Haniyeh
#Joe Biden
#Gaza
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan