MINNEAPOLIS: Pemilihan juri bagi perbicaraan berprofil tinggi membabitkan kes pegawai polis berkulit putih didakwa membunuh lelaki kulit hitam, George Floyd, bersambung hari ini selepas ditangguhkan pada Selasa.

Hakim mahkamah di Daerah Hennepin, Minneapolis, Peter Cahill semalam memerintahkan pemilihan juri ditangguhkan atas beberapa sebab.

Temu bual berlangsung bagi prosiding pemilihan juri itu dan antara lain, terdapat enam juri berpotensi terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 60 tahun.

Prosiding mungkin ambil masa selama tiga minggu.

Pada Selasa, beberapa calon juri ditolak atas faktor kurang pengalaman dan tiada asas bahasa yang mencukupi.

Pendakwa raya sebelum itu memohon pemilihan juri ditangguhkan sehingga mahkamah membuat keputusan berhubung penetapan pertuduhan ke atas tertuduh, Derek Chauvin, yang juga bekas pegawai polis Minneapolis.

Tetapi pendakwa raya dan peguam bela yang mewakili Chauvin mencapai persetujuan untuk mengeluarkan 16 nama daripada senarai awal 50 juri.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengemukakan senarai saksi kepada mahkamah menjelang 22 Mac ini.

Pendakwa raya juga bersetuju untuk mengurangkan bilangan senarai 362 saksi berpotensi yang ada pada masa ini.

Pemilihan juri adalah untuk perbicaraan kes Derek Chauvin yang dituduh dalam kes pembunuhan Floyd pada Mei tahun lepas.

BACA: George Floyd, kematian yang menggoncang dunia

BACA: Protes kematian George Floyd belum berakhir


TONTON: Rakaman video badan polis kes kematian George Floyd didedahkan

Kes pembunuhan itu mencetuskan rusuhan mega di beberapa bandar di Amerika Syarikat selain melebarkan jurang perkauman yang wujud di negara kuasa besar itu.