awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik kelab Leicester City dan anak ada dalam helikopter terhempas?

Agensi
Agensi
28/10/2018
10:30 MYT
Pemilik kelab Leicester City dan anak ada dalam helikopter terhempas?
Menurut majalah Forbes, Vichai adalah individu kelima terkaya di Thailand dengan nilai AS$4.9 bilion. - Foto REUTERS
Pemilik kelab bola sepak England, Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha dan seorang anak perempuannya antara lima orang yang dipercayai berada di dalam helikopter yang terhempas di luar King Power Stadium di England pada Sabtu.
Menurut sumber rapat dengan kelab itu, tiga individu lain merupakan dua juruterbang dan seorang lagi yang belum dikenal pasti identitinya..
Namun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi mengenai nasib kesemua mangsa.
Foto fail helikopter sedang berlepas dari padang stadium tersebut sebelum ia tiba-tiba berpusing di luar kawalan dan terhempas. - Reuters
Foto fail helikopter sedang berlepas dari padang stadium tersebut sebelum ia tiba-tiba berpusing di luar kawalan dan terhempas.- Gambar fail/Reuters
Helikopter itu terhempas dan meletup di kawasan parkir kereta di stadium itu selepas perlawanan Liga Perdana antara Leicester dan West Ham berakhir.
Menurut saksi, helikopter itu baru sahaja berlepas dari atas bangunan stadium tersebut sebelum ia tiba-tiba berpusing di luar kawalan dan terhempas.
Insiden berlaku kira-kira satu jam selepas perlawanan berakhir, pada pukul 8.30 malam waktu tempatan.
Di Thailand, pihak berkuasa belum lagi mengesahkan status atau situasi Vichai, yang merupakan pengasas syarikat King Power Duty Free.
Menurut majalah Forbes, Vichai adalah individu kelima terkaya di Thailand dengan nilai AS$4.9 bilion.
Topic Berkaitan
#AS
#bola sepak
#England
#Leicester
#terhempas
#Thailand
#Vichai Srivaddhanaprabha
#West Ham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan