awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik restoran bayar lebih RM1.2 juta untuk seekor tuna

Agensi
Agensi
05/01/2018
12:00 MYT
Pemilik restoran bayar lebih RM1.2 juta untuk seekor tuna
Hiroshi Onodera, yang memiliki rangkaian restoran 'Ginza Onodera', telah membayar 36.45 juta yen atau RM1,292,659 untuk seekor tuna sirip biru premium seberat 405 kilogram. - Foto REUTERS
Seekor ikan tuna sirip biru telah dibeli pada harga lebih AS$300,000 pada sesi lelongan awal tahun di pasar ikan Tsukiji, sebuah pasar ikan terkemuka di Tokyo, Jepun.
Hiroshi Onodera, presiden LEOC Co. Ltd yang memiliki rangkaian restoran 'Ginza Onodera', telah membayar 36.45 juta yen atau AS$323,195 (RM1,292,659) untuk tuna sirip biru premium seberat 405 kilogram itu.
Harga itu dikatakan hanya separuh daripada harga bidaan yang menang tahun lepas iaitu 72 juta yen (RM2,542,591) tetapi jauh di bawah rekod 155 juta yen (RM5,473,733) yang dibayar pada tahun 2013.
"Saya telah cuba menang lelongan ini sejak tahun lepas, jadi saya sangat gembira," kata Onodera.
Selain di Jepun, beliau juga mempunyai rangkaian restoran di New York dan Singapura.
Tuna dikatakan sangat berharga kerana kegunaannya untuk sushi, namun ramai pakar telah memberi amaran tentang kedudukan spesis itu yang semakin terancam disebabkan permintaannya yang tinggi.
"Harga tinggi yang dibayar untuk ikan-ikan tuna sirip biru pasifik ini tidak boleh mengalihkan pandangan kita terhadap haiwan itu yang kian terancam. Hampir 97 peratus daripadanya telah pupus akibat penangkapan ikan yang berlebihan," kata Jamie Gibbon, seorang pakar tuna sirip biru pasifik dari Pew Charitable Trusts.
"Jika orang ramai terus melakukan penangkapan ikan secara berlebihan, maka kelangsungan spesis akan terancam."
Topic Berkaitan
#Ginza Onodera
#Hiroshi Onodera
#Jamie Gibbon
#Jepun
#pasar ikan Tsukiji
#Tokyo
#Tsukiji
#tuna
#tuna sirip biru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan