Skip to main content

Dunia

Pemimpin kanan Hamas maut dalam serangan udara

41352942540_120x90.jpg
Seorang pemimpin kanan pergerakan pejuangan Palestin, Hamas antara lapan yang terbunuh dalam serangan terbaru tentera rejim Israel di bumi Gaza.

Dilaporkan tidak kurang dari 20 serangan udara dilancarkan pada Rabu oleh tentera rejim yang mensasarkan kumpulan bersenjata.

Pemimpin yang terbunuh dikenali sebagai Ahmed Jaabari, komander operasi briged  Ezzedine al-Qassam, sayap pasukan bersenjata pergerakan itu.

Turut terkorban, pengawal peribadi Ahmed.

Kedua-duanya terkena  bom yang disasarkan ke arah kereta yang dipandu.

Sasaran bagaimanapun tidak hanya mengena pemimpin Hamas itu sahaja, 5 yang lain turut terbunuh, 2 darinya kanak-kanak.

Serangan turut tertumpu di bandar Beit Lahiya dan Khan Yunis.

Menurut wakil Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Riyad Mansour, jumlah kematian kini 9 nyawa dan dijangka meningkat berikutan tindakan rejim yang mempertingkatkan serangan di Gaza.

Advertisement

Must Watch Video