BEIRUT: Timbalan ketua kumpulan pejuang Hamas, Saleh al-Arouri dilaporkan syahid dalam serangan dron rejim Zionis di Beirut, Lubnan pada Selasa.
Al-Arouri, 57, adalah pemimpin kanan politik Hamas pertama yang syahid sejak Israel melancarkan serangan udara dan darat terhadap Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.
Kematian al-Arouri dijangka meningkatkan risiko perang merebak di luar Semenanjung Gaza.
Radio dan TV Hamas serta TV Mayadeen mengesahkan berita daripada sumber keselamatan bahawa al-Arouri telah syahid apabila sebuah dron Israel menyerang pejabat Hamas di selatan Beirut.
Al-Arouri, yang juga ahli biro politik Islam Palesti,n merupakan pengasas bersama sayap Hamas, Bridged Al-Qassam.
Secara keseluruhan, serangan dron itu mengorbankan enam individu di pinggir bandar selatan Daliyeh.
Dua sumber keselamatan berkata, dron itu menyasarkan pertemuan dan menurut TV Al Qqsa Hamas, komander sayap bersenjata kumpulan itu di Lubnan, Samir Findi Abu Amer dan Azzam Al-Aqraa Abu Ammar adalah antara yang maut.
Israel bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang pembunuhan al-Arouri itu.
Israel sebelum ini menuduh al-Arouri mengarahkan dan menyelia serangan Hamas di Tebing Barat yang diduduki Israel selama bertahun-tahun.
Al-Arouri dilaporkan berada di Lubnan dan Qatar ketika rundingan yang dijalankan oleh Kaherah dan Doha mengenai cara menyelesaikan konflik Gaza dan pembebasan tebusan.
Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati mengutuk serangan itu sebagai "jenayah israel baharu" dan cubaan untuk menarik Lubnan ke dalam peperangan.
Pejabatnya berkata, beliau meminta menteri luarnya untuk memfailkan aduan kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai semua "pelanggaran baharu Israel terhadap kedaulatan Lubnan".
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani berkata, pembunuhan al-Arouri "sudah pasti akan mencetuskan satu lagi gelombang penentangan dan motivasi untuk memerangi penjajah Zionis".
Astro Awani
Tue Jan 02 2024
Saleh al-Arouri berucap ketika majlis menandatangani perjanjian gencatan senjata di Kaherah, Mesir. - Foto REUTERS
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
Rakyat Palestin turun ke jalanan selepas kematian al-Arouri
Mereka menuntut balas dendam ke atas pembunuhan al-Arouri sambil melaungkan slogan dan menyeru Hezbollah untuk mengambil tindakan.
Kematian al-Arouri: PBB gesa semua pihak tidak buat tindakan terburu-buru
Ini reaksi Setiausaha Agung PBB, Florencia Soto Nino kepada kenyataan Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah.
Pemimpin kanan Hamas, Saleh al-Arouri gugur syahid
Kematian al-Arouri dijangka meningkatkan risiko perang merebak di luar Semenanjung Gaza.