Pemimpin pelajar Hong Kong hari ini berkata mereka sudah berpatah arang untuk meneruskan rundingan dengan pemerintah selepas mendakwa pihak berkuasa bandar raya itu gagal menawarkan penyelesaian yang bermakna bagi mengakhiri protes.
Kenyataan tersebut memberi tamparan hebat buat pemimpin Hong Kong yang disokong Beijing, kerana mereka sebelum ini meletakkan harapan tinggi dalam menemui kata sepakat selepas bersemuka dengan pelajar-pelajar berkenaan malam semalam.
Proses rundingan dilihat sebagai satu-satunya cara untuk menangani konfrontasi daripada demonstrasi besar-besaran yang menuntut pelaksanaan demokrasi dan pilihan raya yang bebas. Begitupun, rundingan berkenaan menemui jalan buntu apabila ketua-ketua pelajar tersebut menyifatkan pihak pemerintah masih samar dalam memberi komitmen.
"Sama ada bakal berlaku rundingan seterusnya atau tidak, ia belum diputuskan. Pihak pemerintah perlu menggariskan penyelesaian kepada masalah ini, namun apa yang mereka tawarkan adalah hal-hal yang tidak praktikal,” keluh Setiausaha Agung Persekutuan Pelajar-Pelajar Hong Kong, Alex Chow kepada wartawan hari ini.
Tambah Alex, para penunjuk perasaan tidak akan berganjak dari memenuhi jalanan bandar raya itu.
Para penunjuk perasaan merancang berarak dari kem utama mereka ke kediaman pemimpin Hong Kong, Leung Chun-ying. Setakat ini, kedua-dua pihak masih tidak menemui kata sepakat tentang cara pemilihan pemimpin baharu Hong Kong. Pihak pemprotes menuntut agar diberikan peluang untuk mencalon dan mengundi sendiri pemimpin Hong Kong untuk tahun 2017.
Namun, Beijing Ogos lalu menyatakan, hanya calon yang diyakini menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah pusat yang boleh diketengahkan. Hal tersebut merupakan sesuatu yang digelarkan sebagai ‘demokrasi palsu’ oleh para penunjuk perasaan.
Astro Awani
Wed Oct 22 2014
Tiada kata sepakat antara pemimpin protes dengan pemerintah dalam mencari penyelesaian.
Peguam Negara tarik balik rayuan pembebasan Zahid Hamidi
Peguam Negara menarik balik rayuan terhadap pembebasan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak VLN.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
China, Jepun adakan dialog politik peringkat tertinggi di Beijing
Diplomat tertinggi China dan Penasihat Khas kepada Kabinet Jepun mengadakan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tertinggi.
China akan benarkan hospital milik asing sepenuhnya di kawasan tertentu
China merancang untuk membenarkan penubuhan hospital milik penuh warga asing di bandar dan wilayah tertentu di seluruh negara, menurut dokumen rasmi yang didedahkan pada Ahad.
Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
Ahmad Zahid tiba di Beijing akhiri lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di destinasi terakhir bagi rangka lawatan rasminya ke China, hari ini.
Perkasa EV: 32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di Beijing
Seramai 32 belia berkemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dihantar ke Beijing, China untuk memperkasa kemahiran dalam Advanced Electric Vehicle (EV).
Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan
Lai berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih dari Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan.