awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencarian Titan: Pengawal pantai AS 'ambil langkah berjaga-jaga' jika mayat ditemukan

Bernama
Bernama
26/06/2023
06:25 MYT
Pencarian Titan: Pengawal pantai AS 'ambil langkah berjaga-jaga' jika mayat ditemukan
Penubuhan Lembaga Penyiasatan Marin adalah siasatan peringkat tertinggi yang dikendalikan oleh Pengawal Pantai AS. - Foto AP
LONDON: Penyiasat yang menjalankan siasatan letupan kapal selam Titan "mengambil semua langkah berjaga-jaga" sekiranya mereka menemukan mayat di dasar laut.
Kapten Jason Neubauer yang mempengerusikan siasatan Pengawal Pantai AS mengenai letupan Titan membuat kenyataan itu ketika aspek mencari dan menyelamat bagi tindak balas tamat.
Operasi menyelamat diteruskan dan penyiasat telah memetakan tapak kemalangan itu, kata Neubauer pada sidang media di Boston, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
Beliau juga berkata penubuhan Lembaga Penyiasatan Marin adalah siasatan peringkat tertinggi yang dikendalikan oleh Pengawal Pantai AS. Tidak jelas tempoh masa yang diperlukan.
Penyiasat bekerjasama rapat dengan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Marin UK serta Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada dan Lembaga Penyiasatan Korban Marin Perancis.
Neubauer memberitahu media: "Saya tidak membincangkan butiran operasi pemulihan tetapi kami mengambil semua langkah berjaga-jaga di lokasi jika kami menemui mana-mana mayat manusia.
"Pada masa ini keutamaan siasatan adalah untuk mendapatkan semula barang-barang dari dasar laut," katanya.
Neubauer menambah siasatan boleh membawa kepada peraturan yang lebih ketat.
Jutawan Britain, Hamish Harding antara lima penumpang Titan maut dalam kejadian itu yang turut meragut nyawa Shahzada Dawood, anak lelakinya, Suleman dan ketua pegawai eksekutif serta pengasas OceanGate, Stockton Rush serta warga Perancis, Paul-Henry Nargeolet.
Sementara itu, Superintendan Kent Osmond dari Royal Canadian Mounted Police (RCMP) berkata satu pasukan penyiasat telah ditubuhkan untuk menentukan sama ada siasatan jenayah akan dilakukan.
Pegawai itu berkata temu bual diadakan dengan individu di atas kapal sokongan utama Titan,Polar Prince, pada Sabtu sebagai sebahagian daripada siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal selam Titan
#pengawal pantai Amerika Syarikat
#Titanic
#penemuan mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan