awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk asing merangkumi 9.5 peratus golongan 20-an di Jepun

Bernama
Bernama
04/01/2026
09:21 MYT
Penduduk asing merangkumi 9.5 peratus golongan 20-an di Jepun
Sehingga akhir Jun 2025, kumpulan penduduk asing terbesar di Jepun adalah dari China dengan kira-kira 900,000 orang, diikuti Vietnam seramai 660,000 orang. - AP
TOKYO: Penduduk asing merangkumi 9.5 peratus daripada golongan berusia 20-an di Jepun pada 2025, meningkat lebih dua kali ganda berbanding 4.1 peratus pada 2015, menurut analisis Agensi Berita Kyodo terhadap data kerajaan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Peningkatan itu menonjolkan potensi peranan penduduk asing dalam menyokong sistem kebajikan sosial Jepun, ketika negara itu berdepan penyusutan populasi golongan muda tempatan.
Peratusan tersebut dijangka terus meningkat selepas kerajaan mengemukakan draf pelan kepada panel pakar untuk menerima sehingga kira-kira 426,000 pekerja asing dalam tempoh dua tahun bermula tahun fiskal 2027, bagi menangani kekurangan tenaga buruh.
Berdasarkan data Daftar Penduduk Asas, jumlah penduduk asing berusia 20-an meningkat sebanyak 680,000 kepada 1.22 juta dalam tempoh 10 tahun sehingga 2025, manakala jumlah warga Jepun dalam kumpulan umur sama menurun sebanyak 1.03 juta kepada 11.64 juta.
Mengikut wilayah, Gunma mencatatkan peratusan penduduk asing berusia 20-an tertinggi iaitu 14.1 peratus, diikuti Gifu dan Ibaraki. Sembilan wilayah lain termasuk Tokyo, Osaka dan Kyoto turut merekodkan kadar melebihi 10 peratus.
Penduduk asing semakin memainkan peranan penting bukan sahaja dalam pasaran buruh, malah sebagai penyumbang kepada sistem keselamatan sosial Jepun.
Secara keseluruhan merangkumi semua peringkat umur, penduduk asing membentuk 3.0 peratus daripada populasi Jepun pada 2025.
Sehingga akhir Jun 2025, kumpulan penduduk asing terbesar di Jepun adalah dari China dengan kira-kira 900,000 orang, diikuti Vietnam seramai 660,000 orang, menurut data berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penduduk asing
#populasi jepun
#negara menua
#penyusutan populasi
#golongan muda
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan