BANDARAYA GAZA: Puluhan orang terbunuh dan cedera apabila tentera Israel menyerang penduduk Palestin yang sedang menunggu untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza, menurut Kementerian Kesihatan pada Ahad.
Jurucakap Kementerian Ashraf al-Qudra berkata serangan itu berlaku di selatan bandar Gaza.
"Tentera penceroboh Israel sedang melakukan genosid terhadap beribu-ribu penduduk yang kelaparan di utara Gaza," menurut jurucakap itu.
Serangan itu berlaku tiga hari selepas sekurang-kurangnya 118 rakyat Palestin terbunuh dan 760 lagi cedera apabila serangan tentera Israel menyasarkan orang ramai yang menunggu bantuan kemanusiaan di selatan bandar Gaza.
Sementara itu, pejabat media kawasan itu berkata bantuan kemanusiaan yang dihantar menerusi udara 'tidak berkesan' di tengah-tengah kebuluran yang semakin meruncing di Gaza.
"Seramai 2.4 juta orang dilanda krisis kekurangan makanan dan kebuluran...," menurut kenyataan pejabat media.
Kebuluran semakin teruk di wilayah utara dan kawasan pentadbiran Gaza dengan 15 kanak-kanak meninggal dunia, mengalami kekurangan zat makanan dan dehidrasi, selain mengancam nyawa lebih 700,000 penduduk.
"Bantuan melalui udara memberi kesan serius kepada rakyat dan menimbulkan cabaran besar kerana sebahagian daripada bantuan digugurkan berhampiran zon penampan (dengan Israel) atau kawasan yang dikawal oleh tentera rejim atau terletak di dalam wilayah Palestin yang diduduki.
"Tempat bantuan itu digugurkan tidak sesuai kerana tidak dijatuhkan di tempat yang selamat," menurut kenyataan itu.
Amerika Syarikat pada Sabtu telah melaksanakan bantuan kemanusiaan pertama ke Gaza, dengan lebih 30,000 makanan digugurkan.
Beberapa hari lepas, tentera Mesir bersama Qatar, Perancis, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu terlibat dalam operasi bantuan menerusi udara di Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Konvoi tentera Israel dilihat melalui jalan-jalan di Gaza, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas, 3 Mac 2024. REUTERS
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
'Zon kemanusiaan' Israel suatu pembohongan, tiada tempat selamat di Gaza - UNRWA
Dakwaan rejim Israel bahawa penduduk Gaza boleh berpindah ke 'zon selamat' atau 'zon kemanusiaan' ialah satu pembohongan.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Al-Mawasi 'neraka' ciptaan rejim Zionis
Lebih 400,000 penduduk Gaza kini berlindung di al-Mawasi tanpa mengetahui muslihat sebenar rejim Zionis menempatkan mereka di situ.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.