awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk GCC kini boleh mohon eVisa pelancong Saudi

Bernama
Bernama
10/03/2023
05:10 MYT
Penduduk GCC kini boleh mohon eVisa pelancong Saudi
EVisa akan membolehkan penduduk di negara-negara Teluk meneroka pelbagai wilayah di Saudi dan melakukan ibadah umrah. -Gambar fail/Bernama
RIYADH: Kementerian Pelancongan Arab Saudi pada Khamis membenarkan semua penduduk di negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) memohon visa pelancong secara dalam talian bagi melawat negara itu.
EVisa akan membolehkan penduduk di negara-negara Teluk meneroka pelbagai wilayah di Saudi dan melakukan ibadah umrah, Xinhua memetik laporan rasmi Agensi Akhbar Saudi.
Langkah itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha Arab Saudi memberi peluang kepada penduduk Teluk melawat destinasi pelancongan, menikmati acara hiburan dan meneroka tapak warisan dan bersejarah di negara itu.
Penduduk Teluk boleh melawat halaman eVisa bagi memohon visa berkenaan, dengan kos AS$80 sebagai tambahan kepada insurans kesihatan.
Setelah permohonan dibuat, pemohon akan memperoleh eVisa melalui e-mel, menurut laporan media Saudi.
Sebelum ini, hanya penduduk GCC dengan pekerjaan yang disenaraikan dibenarkan memohon eVisa untuk melawat kerajaan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#eVISA
#umrah
#GCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan