awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Khan Younis berhimpun, berdoa untuk mangsa serangan Israel di khemah Al Mawasi

Agensi
Agensi
29/03/2025
21:30 MYT
Penduduk Khan Younis berhimpun, berdoa untuk mangsa serangan Israel di khemah Al Mawasi
Penduduk Palestin di Khan Younis, Gaza berhimpun pada Sabtu dan menzahirkan kesedihan untuk mangsa serangan udara Israel ke atas penempatan di perkhemahan di Al Mawasi.- Gambar Reuters
KHAN YOUNIS: Penduduk Palestin di Khan Younis, Gaza berhimpun pada Sabtu dan menzahirkan kesedihan untuk mangsa serangan udara Israel ke atas penempatan di perkhemahan di Al Mawasi.
Seorang saudara kepada mangsa, Ismail Al-Ghoul berkata, dia menyaksikan tentera Israel melancarkan dua buah roket ke arah khemah sebelum orang ramai lari menyelamatkan diri.
"Mereka melancarkan dua roket ke arah khemah, ke arah dia dan kakak saya serta suaminya dan anak-anaknya, tetapi roket tersebut tidak meletup. Mereka mula berlari di jalan, sebuah quadcopter mengejar dan menembak, kemudian dia terbunuh. Dia berkahwin minggu lepas dan saya memberitahu isteri saya bahawa saya perlu memberinya hadiah.
"Dia baru sahaja berkahwin seminggu, dia tidak terlibat dengan apa-apa. Dia mempunyai ijazah sarjana dan PhD dalam komputer. Dia tidak terlibat dengan Hamas atau Fatah, dia hanya seorang pekerja rajin dan seorang yang berpendidikan," katanya.
Namun begitu, sehingga kini, tiada komen segera daripada tentera Israel mengenai insiden tersebut.
Sejak serangan udara Israel disambung semula pada 18 Mac, sekurang-kurangnya 855 rakyat Palestin telah terbunuh dan 1,869 cedera.
Sebelum ini, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menegaskan, Israel akan terus menguatkuasakan gencatan senjata dengan kekerasan dan menyerang di mana-mana lokasi di Lubnan khususnya jika wujud ancaman kepada Israel. - Agensi
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#gencatan senjata
#Hamas
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan